Itali kembali ke landasan kemenangan

Pellegrini meraikan jaringan bersama pemain Itali dalam aksi Liga Negara-Negara Eropah di Stadium Dino Manuzzi, Cesena pada Rabu.
Pellegrini meraikan jaringan bersama pemain Itali dalam aksi Liga Negara-Negara Eropah di Stadium Dino Manuzzi, Cesena pada Rabu.
A
A
A

GOL daripada Nicolo Barella dan Lorenzo Pellegrini membolehkan juara Euro 2020, Itali menang 2-1 ke atas Hungary dalam Liga Negara-Negara Eropah di Stadium Dino Manuzzi, Cesena pada Rabu.

Pada perlawanan itu, pengendali The Azzuri, Roberto Mancini sekali lagi menampilkan barisan percubaannya, ternyata mendominasi perlawanan apabila berada di depan menerusi jaringan pemain tengah Inter Milan, Barella pada minit ke-30.

Kapten AS Roma, Pellegrini kemudiannya melebarkan pendahuluan tuan rumah dengan gol pada minit ke-45 sebelum jaringan sendiri tonggak pertahanan AS Roma, Gianluca Mancini di minit ke-61', mengurangkan defisit anak buah Marco Rossi.

Gol Mancini itu ternyata menyuntik semangat para pemain Hungary yang mengejutkan England di Budapest sebelum ini, namun kekentalan pertahanan Itali menyaksikan keputusan kekal sekali gus membolehkan tuan rumah memimpin kumpulan dengan empat mata.