X

Kindly register in order to view this article
!

Selasa | 28 Jun 2022

PBS tolak kerjasama dengan Warisan, kekal bersama GRS

Laporan Sinar Harian (Gambar kecil: Maximus)
A
A

KOTA KINABALU - Parti Bersatu Sabah (PBS) sekali lagi kekal pendirian setia bersama gabungan politik yang dimeterai iaitu Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

Kenyataan itu sekali gus menolak sebarang kerjasama antara PBS dengan Warisan bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Presidennya, Datuk Seri Dr Maximus Ongkili menghargai kesediaan Parti Warisan yang ingin bekerjasama dengan PBS untuk PRU15, bagaimanapun parti pelbagai kaum tempatan yang tertua di Sabah memilih untuk memberi komitmen sepenuhnya kepada GRS.

"Kami di PBS sangat menghargai isyarat politik Warisan yang dipimpin Presidennya, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal yang ingin bekerjasama dan kolaborasi untuk pilihan raya akan datang.

"Tetapi sebagai parti lokal yang berbilang bangsa, kami memberi komitmen sepenuhnya dan setia sepenuhnya sebagai antara pengasas GRS dan rakan kongsinya," katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Beliau yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak) berkata, perjuangan GRS seperti yang dikatakan oleh Pengerusinya, Datuk Seri Hajiji Noor adalah demi kepentingan rakyat.

"Kami mengajak Warisan dan penyokong untuk bersama mencapai matlamat untuk membangunkan Sabah dan menjamin keamanan serta keselamatan negeri bebas dari pendatang asing tanpa izin (PATI)," katanya.

Pada Ahad lalu, Mohd Shafie secara terbuka menyatakan mahu bekerjasama dengan parti tempatan terutama daripada PBS.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!