Minyak guarana boleh ganti sawit

ganti2
ganti2
A
A
A

JOHOR BAHRU - Pengeluaran minyak masak daripada pokok guarana dijangka bakal menjadi alternatif kebergantungan penggunaan minyak kelapa sawit.

Pengarah Eksekutif Ritz Guarana Plantation Holding Berhad (Ritz), Datuk Seri Zakwanhafiz Ahmad Ansari berkata pihaknya sedang menanti kelulusan Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan (FDA) dari Amerika Syarikat.

"Minyak guarana ini menjadi alternatif kepada permintaan di peringkat global dan boleh menjadikan negara kita pengeluar utama minyak masak guarana.

"Ia sudah dicipta dan dihantar kepada pihak tertentu untuk mendapatkan pensijilan-pensijilan tertentu sebelum kita keluarkan secara rasmi untuk permintaan global.

"Bagi kelulusan FDA kita akan peroleh dalam bulan Mei ini dan jika berjaya kita boleh laksanakan tanaman ini," katanya selepas menandatangani perjanjian persefahaman (MoU) dengan Koperasi Komuniti Selatan Berhad (KKSB) di sini, hari ini.

Bagaimanapun, menurutnya, perbandingan kos pemprosesan minyak antara guarana dan sawit masih belum dapat dipastikan, namun pihaknya berusaha untuk memastikan ia membabitkan kos terendah untuk dipasarkan dengan harga lebih rendah bagi permintaan global.

"Minyak masak guarana ini sama dengan minyak masak daripada sawit tapi proses hasilkan minyak sawit berlainan daripada minyak guarana berikutan ia diproses daripada kulit luar buah guarana.

Artikel Berkaitan:

x-default
x-default

"Ritz berjaya hasilkan minyak guarana dan dari segi kos itu, kita masih belum dapat anggarkan lagi jika nak banding dengan minyak sawit kerana kita perlu lakukan dalam skala yang besar, bahan mentah daripada penanam guarana," katanya.

Zakwanhafiz berkata, Ritz turut memberi tumpuan kepada pengeluaran tepung guarana yang dilancarkan tahun lalu.

"Tumpuan kita supaya tepung guarana ini dapat dipasarkan. Sehingga sekarang, antara kerjasama dilakukan dengan syarikat GLC China tapi Ritz hanya mampu salurkan untuk tujuh wilayah negara China.

"Sebab itu kita nampak peluang tanaman ini besar. Malah sebenarnya tepung guarana ini lebih sedap daripada tepung gandum biasa," katanya.

Sementara itu, menurutnya, melalui MoU dengan KKSB, proses penanaman dijangka bermula di Johor, Julai ini.

"Sekiranya semua urusan berjalan lancar, kita jangka perkara ini diimplementasi Julai ini supaya hasil tanaman itu memberi pendapatan kepada pihak terlibat pada 2020," katanya.

Guarana alternatif minyak sawit Pengeluaran minyak masak daripada pokok guarana dijangka bakal menjadi alternatif kebergantungan penggunaan minyak kelapa sawit. Laporan MOJO Sinar Harian Johor: Raziatul Hanum A Rajak

Posted by Sinar Harian Edisi Johor on Thursday, March 28, 2019