Pengusaha 'food truck' mahu lesen diseragamkan

Peserta ketika bertanya soalan pada Majlis Dialog Jawatankuasa Tetap Pemodenan Pertanian dan Industri Asas Tani bersama Pertubuhan Bukan Kerajaan dan koperasi sektor pertanian di Wisma PKPS.
Peserta ketika bertanya soalan pada Majlis Dialog Jawatankuasa Tetap Pemodenan Pertanian dan Industri Asas Tani bersama Pertubuhan Bukan Kerajaan dan koperasi sektor pertanian di Wisma PKPS.
A
A
A

SHAH ALAM - Lesen berasingan yang perlu diperoleh daripada setiap pihak berkuasa tempatan (PBT) untuk menjalankan operasi perniagaan kendera saji (food truck) di Selangor menimbulkan kesukaran kepada pengusaha terlibat.

Pengerusi Pengusaha Food Truck Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Selangor, Abu Az Abu Bakar berkata, keadaan itu menyebabkan pengusaha bergerak tanpa lesen dalam kawasan pentadbiran PBT tertentu berdepan tindakan saman yang membebankan.

Menurutnya, kerajaan negeri perlu mengambil perhatian supaya dapat menyeragamkan lesen perniagaan itu di bawah satu agensi sebagai satu bentuk kemudahan kepada pengusaha.

"Bayangkan kami terpaksa memohon lesen perniagaan ‘food truck’ berbeza setiap PBT dan setiap satunya mencecah hingga RM250 setiap tahun. Dua PBT saja sudah RM500 bagi bayaran lesen.

"Jika tiada lesen, kami berisiko pula untuk disaman dan saman yang dikenakan pula mencecah RM150 untuk satu saman.

"Oleh sebab itu, kami merayu supaya kerajaan negeri menyeragamkan lesen pernigaan ini memandangkan peniaga ‘food truck’ bergerak ke lokasi berbeza,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Dialog Jawatankuasa Tetap Pemodenan Pertanian dan Industri Asas Tani bersama Pertubuhan Bukan Kerajaan dan koperasi sektor pertanian di Wisma PKPS di sini, semalam.

Sementara itu, Exco Insfrastruktur dan Kemudahan Awam, Pemodenan Pertanian dan Industri Asas Tan Selangor, Ir Izham Hashim berkata, pihaknya akan membangkitkan isu berkenaan dalam mesyuarat Exco ekoran ia membabitkan dasar.

Artikel Berkaitan:

"Namun, peniaga perlu tahu, setiap PBT memperuntukkan undang-undang kecil berlainan, ia memang sudah sedia ada. Ia bagi mengawal sebarang kerja tanah di kawasan masing-masing.

"Jika dahulu, kita ada gerai sahaja kerana ia tidak bergerak seperti ‘food truck’, Jadi perkara ini perlu dilihat," katanya.