1,201,196 kanak-kanak di Malaysia lengkap divaksin

Seramai 1,201,196 kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun di negara ini telah lengkap divaksin di bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan Kanak-kanak (PICKids), setakat Ahad. - Gambar hiasan
Seramai 1,201,196 kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun di negara ini telah lengkap divaksin di bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan Kanak-kanak (PICKids), setakat Ahad. - Gambar hiasan
A
A
A

KUALA LUMPUR - Seramai 1,201,196 atau 33.8 peratus kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun di negara ini telah lengkap divaksin di bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan Kanak-kanak (PICKids), setakat Ahad.

Berdasarkan data laman sesawang CovidNow, sejumlah 1,733,501 atau 48.8 peratus daripada kumpulan itu menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Bagi remaja berumur 12 hingga 17 tahun pula, seramai 2,914,970 atau 93.7 peratus telah melengkapkan vaksinasi mereka manakala 3,010,110 atau 96.8 peratus daripada kumpulan itu menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Dalam pada itu, seramai 16,105,955 atau 68.5 peratus individu dewasa di negara ini telah menerima suntikan dos penggalak, manakala 22,979,868 atau 97.7 peratus telah lengkap dua dos suntikan vaksin dan 23,256,502 atau 98.9 peratus telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Sebanyak 4,254 dos harian diberikan semalam meliputi 610 dos pertama, 3,068 dos kedua dan 576 dos penggalak, menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin di bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) adalah 70,987,758.

Sementara itu, Portal Github Kementerian Kesihatan melaporkan, dua kematian akibat Covid-19 pada Ahad masing-masing satu kes di Sarawak dan Selangor. - Bernama