Musk dedah perlu buang 10 peratus pekerja Tesla

Elon Musk - Foto AFP
Elon Musk - Foto AFP
A
A
A

SAN FRANCISCO - Ketua Pegawai Eksekutif Tesla, Elon Musk menyatakan bahawa syarikat kenderaan elektrik yang mana beliau menjadi antara pengasasnya, Tesla perlu mengurangkan kira-kira 10 peratus daripada pekerjanya.

Beliau membuat kenyataan itu menerusi e-mel yang dihantar kepada eksekutif-eksekutif syarikat tersebut pada Khamis lalu yang dilihat oleh agensi berita Reuters.

Musk menyatakan kebimbangannya dan memberitahu untuk menghentikan pengambilan semula pekerja di seluruh dunia.

Beliau menyatakan demikian beberapa hari selepas individu paling kaya di dunia itu memberitahu pekerjanya untuk kembali ke tempat kerja dan tidak bekerja dari rumah.

Dalam e-mel lain, Musk berkata, Tesla akan mengurangkan jumlah gaji sebanyak 10 peratus kerana terdapat lebihan pekerjaan.

Bagaimanapun, jumlah gaji yang dikurangkan itu tidak terpakai kepada pekerja yang benar-benar membina kereta, pek bateri atau memasang solar.

Hampir 100,000 orang telah bekerja di Tesla dan anak syarikatnya pada akhir tahun 2021. - Agensi