Penumpang cuba bawa masuk rifle ke dalam pesawat Air New Zealand

Penerbangan NZ547 ditangguhkan hampir sejam selepas salah seorang penumpangnya cuba membawa masuk selaras rifle ke dalam pesawat.
Penerbangan NZ547 ditangguhkan hampir sejam selepas salah seorang penumpangnya cuba membawa masuk selaras rifle ke dalam pesawat.
A
A
A

WELLINGTON - NEW ZEALAND. Sebuah penerbangan Air New Zealand dari Auckland ke Christchurch ditangguhkan hampir sejam selepas pegawai keselamatan menemui selaras rifle dalam bagasi milik seorang penumpang.

Penerbangan NZ547 dijadualkan berlepas pada pukul dua petang (waktu tempatan), namun terpaksa ditunda selepas juruterbang mengumumkan seorang penumpang cuba membawa masuk senjata api ke dalam kabin tanpa mengikut prosedur daftar masuk yang betul.

Bagaimanapun, Pihak Berkuasa Penerbangan Awam dalam satu kenyataan berkata senjata api berkenaan diangkut secara sah.

"Senjata api itu ditemui dalam beg salah seorang penumpang penerbangan ke Christchurch.

"Pemeriksaan pencegahan telah dijalankan dan mendapati senjata api itu dibawa secara sah," menurut kenyataan itu.

Ia menambah bahawa rifle berkenaan tidak dibawa masuk ke dalam kabin pesawat dan tiada ancaman keselamatan kepada penumpang lain.

Sementara itu, jurucakap Air New Zealand berkata pemilik bagasi berkenaan yang telah pun berada di tempat duduknya tidak melawan dan memberi kerjasama penuh ketika diminta meninggalkan pesawat tersebut.

Katanya, penumpang terbabit telah diarah meneruskan penerbangan ke Christchurch dengan pesawat lain.

Artikel Berkaitan:

Difahamkan, pemeriksaan keselamatan di lapangan terbang diperketatkan sejak tragedi serangan pengganas yang meragut 50 nyawa di Christchurch pada 15 mac lalu. - Agensi