72 kes denggi di Pangsapuri Desa Lembah Permai

Abd Hamid Hussain
A
A

PANDAN INDAH – Sebanyak 72 kes denggi dilaporkan di Pangsapuri Desa Lembah Permai, Lembah Jaya sejak 111 hari wabak denggi di kawasan tersebut.

Yang Dipertua MPAJ, Datuk Abd Hamid Hussain berkata, pihaknya memandang serius berhubung kes denggi di kawasan itu.

“Operasi Taskforce Denggi telah dilaksanakan di kawasan tersebut, melibatkan semua anggota Taskforce Denggi setiap Jabatan/Bahagian MPAJ. Ini menunjukkan warga kerja MPAJ turut memainkan peranan bagi menangani isu denggi,” katanya.

Abd Hamid berkata, antara tindakan kawalan adalah pemusnahan tempat pembiakan nyamuk aedes dan pendekatan ekosistem.

“Kita turut melaksanakan aktiviti promosi dan pendidikan di sekolah, malah Ahli Majlis MPAJ sebagai Pengerusi Majlis Tindakan Denggi Zon memainkan peranan membantu meningkatkan kesedaran orang awam mengenai isu denggi.

“Kita juga melaksanakan One Stop Crisis Centre dalam usaha membasmi penyaki ini,” katanya.

Pangsa
Pangsa

Beliau berkata, Pangsapuri Desa Lembah Permai itu antara tujuh lokaliti hotspot yang dilaporkan.

“Jumlah kes demam denggi yang dilaporkan di kawasan MPAJ sehingga 21 Mac lalu adalah sebanyak 1,127 kes dengan satu kematian dilaporkan,” katanya.

Sementara itu, Setiausaha Politik Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Nor Hizwan Ahmad berkata, KPKT dan Pejabat Ahli Parlimen Ampang akan menganjurkan Karnival Komuniti dan Pelancaran Kempen Gotong-Royong Basmi Denggi Peringkat Kebangsaan pada 14 April ini.

“Sebanyak 35 acara akan berlangsung di padang Taman Kosas dan satu program gotong-royong akan dilaksanakan di Pangsapuri Desa Lembah Permai yang merupakan salah satu hotspot denggi,” katanya.


Bermula dengan hanya RM5 anda telah menyokong Berita Fakta dan Komprehensif kami, sokong berita kami.
Terima Kasih Rakyat Malaysia