X

Kindly register in order to view this article
!

Sabtu | 02 Julai 2022

Sukarelawan hadapi banjir kilat di Kuala Lumpur diperlukan

A
A

KUALA LUMPUR - Sukarelawan terutama dalam kalangan belia diperlukan sebagai persiapan menghadapi banjir kilat susulan cuaca tidak menentu di ibu kota.

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menerusi kemas kini di Facebooknya berkata, penyertaan dibuka kepada warganegara berusia 18 tahun dan ke atas.

Kata kenyataan itu, petugas sukarelawan akan dibayar sagu hati berjumlah RM50 bagi setiap kehadiran sesi kerja-kerja bantuan bencana alam yang disertai.

"Kepada yang berminat, mempunyai kesihatan yang baik dan mempunyai masa lapang atau yang sedang menunggu peluang pekerjaan, dialu-alukan untuk menyertai program ini.

"Sila lengkapkan butiran 'Google form' seperti dilampirkan https://forms.gle/BY1QUKR28SKWcqSH9," menurut kenyataan itu.

DBKL melaksanakan 14 langkah interim dengan kos sekitar RM10 juta di bawah Pelan Tindakan Tebatan Banjir Kilat 2022 mulai Mei ini bagi mengatasi isu banjir kilat di ibu negara.

Ia termasuk program Cuci KL menerusi plogging dan membersihkan longkang tersumbat sebagai inisiatif mengatasi banjir kilat.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!