Lima jam redah lautan

Peserta berkumpul di tengah perjalanan sebelum sampai ke pulau untuk berehat.
Peserta berkumpul di tengah perjalanan sebelum sampai ke pulau untuk berehat.
A
A
A

BESUT - Sekumpulan 15 pelajar Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Mizan (IPGKSM), di sini termasuk tujuh perempuan menyahut cabaran berkayak meredah Laut China Selatan sejauh 19 kilometer (10 batunautika) dari Pantai Bukit Keluang ke Pulau Perhentian.

Mereka terdiri daripada pelajar Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Jasmani Sekolah Rendah institut tersebut yang mengambil masa lima jam berkayak iaitu bermula jam 9.30 pagi hingga 2.30 petang untuk selamat sampai di pulau peranginan itu.

Ketua Jabatan Pendidikan Jasmani IPGKSM, Khairuddin Mat Hassan berkata, peserta yang diiringi tenaga pengajar dan kakitangan bukan sahaja terpaksa menempuh ombak tetapi cuaca panas terik.

Menurutnya, pelajar terbabit sanggup menyahut cabaran yang jarang dilakukan orang untuk mendayung kayak yang memuatkan dua pendayung bagi sebuah kayak untuk ke Air Berani, Pulau Perhentian Besar.

“Mereka mempunyai ketahanan mental yang kuat kerana mampu mengerah kudrat dan bertahan selama lima jam bawah terik cahaya matahari untuk memastikan kayak tidak hilang arah,” katanya tentang program yang dirasmikan Timbalan Pengarah IPGKSM, Che Aminulddin bin Abdul Hamid berhampiran Pantai Bukit Keluang.

Khairuddin berkata, mereka selamat mendapat di pulau tersebut dengan selamat tanpa berlaku sebarang kejadian tidak diingini.

Artikel Berkaitan: