Lapor salah guna agama

Mujahid bersama Shaheizy Sam pada tayangan khas filem Polis Evo 2 di Pasaraya Mydin Parit Buntar, hari ini.
Mujahid bersama Shaheizy Sam pada tayangan khas filem Polis Evo 2 di Pasaraya Mydin Parit Buntar, hari ini.
A
A
A
PARIT BUNTAR - Masyarakat perlu memainkan peranan menjadi mata dan telinga terhadap sebarang perkara yang menyalahguna Islam bagi tujuan kepentingan pihak-pihak tertentu.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa berkata, ini kerana isu Islam bukan lagi masalah dalam negara, tetapi isu global yang perlu diselesaikan secara bersama.

Menurutnya, seperti dalam isu ancaman keganasan serta ajaran sesat, kerajaan tidak boleh mengharapkan pasukan keselamatan semata-mata, sebaliknya kepekaan orang ramai dalam menyalurkan maklumat.

"Kerajaan yang ada sekarang telah beri komitmen kuat untuk menentang sebarang bentuk kelompok yang menggunakan agama untuk apa sahaja kepentingan.

"Selain pasukan keselamatan yang duduk di barisan hadapan menyelesaikan masalah ini, rakyat juga perlu cepat sedar dan sensitif terhadap perkara yang ada salah guna agama yang berlaku di sekeliling mereka," katanya kepada pemberita, hari ini.

Beliau ditemui selepas tayangan khas Polis Evo 2 bersama pelakon utama, Shaheizy Sam di Pasaraya Mydin Parit Buntar.

Filem terbitan Astro Shaw Sdn Bhd dan SCM TBK itu telah mencatat kutipan RM17 juta dalam tempoh 11 hari tayangan.

Mujahid yang juga Ahli Parlimen Parit Buntar berkata, filem berkenaan tidak mempunyai unsur menghina Islam seperti dakwaan beberapa pihak sebelum ini.

Katanya, mesej yang disampaikan lebih kepada kaitan individu yang menggunakan retorik Islam sama ada menerusi pakaian atau perkataan yang menggambarkan Islam untuk kepentingan jenayah.
Artikel Berkaitan:


"Mendedahkan kesesatan itu bukan menghina Islam tetapi sebagai pengajaran untuk kita beringat, mesej itulah yang terbaik kerana isu yang didedahkan sebenarnya bukan hanya lakonan atau drama tetapi realitinya berlaku," katanya.