Umat Islam masih boleh sambut Aidilfitri hari ini

Gambar hiasan. Gambar kecil: Infografik dikongsi Jabatan Mufti Negeri Selangor.
Gambar hiasan. Gambar kecil: Infografik dikongsi Jabatan Mufti Negeri Selangor.
A
A
A

SHAH ALAM - Umat Islam di seluruh negara masih boleh meraikan Aidilfitri pada Selasa berdasarkan kenyataan Jabatan Mufti Negeri Selangor.

Jabatan Mufti Negeri Selangor menerusi Facebook rasminya pada Isnin memaklumkan, Syawal berakhir pada Selasa berdasarkan data kedudukan bulan dan matahari.

"Semalam 30 Mei 2022 bersamaan 29 Syawal 1443H. Ijtimak bulan dijangka berlaku pada 30 Mei 2022 jam 7:32 malam.

"Berdasarkan data-data kedudukan bulan dan matahari ketika matahari terbenam pada semalam iaitu hari Isnin, 29 Syawal 1443H mendapati kedudukan bulan tidak memenuhi kriteria Imkanurrukyah.

"Maka, keesokan hari (hari ini), 31 Mei 2022 iaitu hari Selasa adalah bersamaan dengan 30 Syawal 1443H.

"Oleh itu, 1 Zulkaedah 1443H ditetapkan pada hari Rabu, 1 Jun 2022," demikian hebahan yang dikeluarkan berserta info grafik oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor.