X

Kindly register in order to view this article
!

Isnin | 27 Jun 2022

Jalan rosak di HSA akan dibaik pulih: MB Johor

Keadaan jalan di HSA yang rosak. Onn Hafiz mengadakan lawatan mengejut ke HSA pada Ahad. - Foto Facebook Onn Hafiz
A
A

JOHOR BAHRU - Jalan yang rosak di Hospital Sultanah Aminah (HSA) akan dibaik pulih, kata Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi.

Menerusi kenyataan yang dimuat naik di laman Facebooknya, beliau berkata, telah menghubungi Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar dan memaklumkan situasi di HSA selepas mengadakan lawatan mengejut di hospital berkenaan pada Ahad.

"Pagi tadi (Ahad) saya telah membuat lawatan mengejut ke HSA yang merupakan antara hospital awam yang tersibuk di negara ini.

Saya melihat sendiri keadaan fasiliti, jalan raya dan landskap di sekitar HSA.

"Saya secara peribadi menghubungi Menteri Kesihatan Malaysia, Khairy Jamaluddin Abu Bakar (memaklumkan) tentang situasi ini," katanya.

Menurut Onn Hafiz, syarikat konsesi yang bertanggungjawab telah diminta untuk mengambil tindakan segera bagi membaik pulih jalan-jalan di sekitar hospital serta memperindahkan semula landskap institusi perubatan tersebut.

"Kerja-kerja baik pulih dicadangkan dibuat pada waktu malam agar tidak mengganggu urusan pesakit di siang hari.

"Selain itu saya telah menghubungi Unit Perancang Ekonomi (EPU) dan Jabatan Kerja Raya ( JKR) agar peruntukan bagi menaik taraf fasiliti dan kemudahan HSA dapat diluluskan pada kadar segera," katanya.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!