X

Kindly register in order to view this article
!

Rabu | 06 Julai 2022

Pemilihan PKR: Shamsul Iskandar tewas di Hang Tuah Jaya

Shamsul Iskandar
A
A

SHAH ALAM - Calon Ketua Cabang Hang Tuah Jaya, Mohd Rafee Ibrahim mengekalkan jawatan tersebut menewaskan dua lagi pencabarnya iaitu Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin dan Mohd Bazain Yusoh.

Mohd Rafee yang sebelum ini menjadi Ketua Cabang bagi sesi 2018 hingga 2021 mendapat undi sebanyak 488, manakala Shamsul (379) dan Mohd Bazain (51).

Bagi Cabang Masjid Tanah, Datuk Halim Bachik menewaskan pencabar terdekatnya, Amran Othman dengan empat undi.

Halim mendapat 294 undi, manakala Amran (290) dan seorang lagi calon Hasmorni Tamby (17).

Selain itu, Cabang Alor Gajah menyaksikan Ginie Lim Siew Lin menang dengan 594 undi berbanding Ahmad Abdul Wahid (445), manakala Cabang Tangga Batu, Rusnan Aluai menewaskan Md Yusof Abdullah selepas mendapat undi sebanyak 370.

Calon di Cabang Kota Melaka, Mahani Masban menang selepas menerima undi sebanyak 150 dan di Jasin pula R Jagatheason menang dengan 175.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!