X

Kindly register in order to view this article
!

Rabu | 06 Julai 2022

Siti Nur Athhiyya ditemukan lemas

Siti Nur Athhiyya Soffea ditemui pada jarak 1.5 kilometer dari rumah rakit tersebut dalam keadaan terapung kira-kira jam 11.35 pagi Ahad oleh pasukan bomba.
A
A

KUANTAN - Mayat kanak-kanak perempuan yang berusia tiga tahun yang dilaporkan hilang di rumah rakit milik bapanya di Bukit Rangin pada Jumaat ditemukan lemas di sungai berhampiran pagi Ahad.

Mayat mangsa, Siti Nur Athhiyya Soffea Muhammad Sukri ditemukan pada jarak 1.5 kilometer (KM) dari rumah rakit tersebut dalam keadaan terapung kira-kira jam 11.35 pagi.

Komander Operasi, Penolong Pengarsh Operasi Jabatan Bomba Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Ismail Abdul Ghani berkata, mayat mangsa masih berbaju kurung berwarna merah ditemui timbul di permukaan air dalam keadaan sempurna.

"Kita telah meluaskan skop pencarian kepada tiga kilometer radius bermula jam 8 pagi tadi (Ahad) dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) pada hari kedua.

"Operasi menumpukan pencarian secara 'surface searching' setelah melewati 36 jam dari masa kejadian selain melakukan beberapa kali selaman untuk mencari mangsa.

“Mangsa kemudiannya, berjaya dijumpai oleh pihak bomba dengan bantuan beberapa agensi lain sejauh 1.5km dari tempat dia dilaporkan hilang,” katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Sinar Harian pada Sabtu melaporkan kehilangan mangsa yang dikhuatiri lemas di rumah rakit milik bapanya, Muhammad Sukri Ali, 50, ketika mereka sekeluarga sedang mengadakan sambutan hari raya di lokasi berkenaan.

Mangsa yang lebih mesra dengan panggilan ‘Tia’ oleh keluarga disedari hilang kira-kira jam 11.15 Jumaat malam dan ketika itu jemputan yang dihadiri kaum keluarga serta kenalan rapat masih ada di rumah rakit berkenaan.

Beliau berkata, mayat dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Hafzan, Kuantan untuk tindakan selanjutnya.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!