X

Kindly register in order to view this article
!

Rabu | 06 Julai 2022

'Maaf, tapi saya bukan katak'

Syed Saddiq
A
A

SHAH ALAM - Presiden Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menegaskan beliau tidak melompat parti sebaliknya telah dipecat ketika bersama Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Menurutnya, wajahnya yang terpampang pada muka depan sebuah akhbar tempatan dengan tajuk 'Segera Gubal RUU Anti Lompat Parti' pada Sabtu seolah-olah menunjukkan bahawa beliau melompat parti.

"Sejak bila pula saya lompat? Saya dipecat dari parti sebab tolak penubuhan 'backdoor government'. Berapa kali saya nak tegaskan, saya tak keluar Bersatu tetapi saya dipecat.

"Saya dipecat daripada parti yang saya bantu tubuhkan. Saya masuk politik sebab nak lawan rasuah bukan nak jadi perasuah," katanya dalam satu kenyataan di laman Facebooknya pada Ahad.

Syed Saddiq berkata, beliau tidak akan mengkhianati mandat rakyat dan tetap berani berdiri teguh dengan prinsip perjuangannya.

"Benda salah, takkan saya nak ikut membuta tuli? Saya ada prinsip, ada amanah rakyat untuk dijaga. Maaf tapi saya bukan katak.

"Yang lompat parti itu, ada dalam kerajaan hari ini. Boleh tanya mereka," katanya.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!