X

Kindly register in order to view this article
!

Isnin | 04 Julai 2022

Pokok ganja: Polis lengkapkan kertas siasatan kes bekas diplomat, anak

Ayob Khan
A
A

KUALA LUMPUR - Polis sedang melengkapkan kertas siasatan kes seorang bekas diplomat Malaysia bersama anak lelakinya susulan penemuan kira-kira 100 pokok ganja sekitar rumahnya dekat Janda Baik, Pahang.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, selepas disiapkan kertas siasatan itu akan diserahkan kepada Pejabat Peguam Negara.

"Seorang bekas diplomat berusia 78 tahun itu telah dibebaskan dengan jaminan polis setelah tempoh remannya tamat semalam, manakala anaknya masih ditahan reman sehingga esok," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman di sini pada Ahad.

Pada Selasa lalu, media melaporkan, seorang bekas diplomat berstatus Datuk diberkas polis selepas disyaki menanam dan memiliki ladang pokok ganja membabitkan kira-kira 100 batang pokok ganja.

Ketua Polis Pahang, Datuk Ramli Mohamed Yoosuf berkata, serbuan dijalankan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bentong kira-kira jam 6.10 petang di kediaman suspek pada 21 Mei lalu.

Menurutnya, hasil pemeriksaan di kawasan belakang garaj rumah tersebut, pihak polis menjumpai lima batas tanah yang ditanam tumbuhan disyaki pokok ganja.

Jumlah keseluruhan rampasan disyaki pokok ganja adalah sebanyak 102 pokok dan nilai anggaran bagi setiap satu pokok adalah RM600 dengan nilai keseluruhan RM61,200.

Suspek direman selama tujuh hari bermula 22 Mei hingga Sabtu dan disiasat di bawah Seksyen 39B(1)(A) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Suspek juga disiasat di bawah Seksyen 6B akta sama dan boleh dihukum di bawah Seksyen 6B(1)(A) akta sama.

Sementara itu, susulan tangkapan suspek tersebut, seorang lelaki berumur 53 tahun yang juga anak suspek ditahan di Shah Alam kira-kira jam 5.30 petang pada Isnin untuk membantu siasatan di bawah Seksyen 39B dan Seksyen 6B akta sama.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!