Terbuka Perancis: Tsitsipas mara ke pusingan empat

Tsitsipas ketika beraksi di pusingan ketiga di kejohanan Terbuka Perancis
Tsitsipas ketika beraksi di pusingan ketiga di kejohanan Terbuka Perancis
A
A
A

PEMAIN Greece, Stefanos Tsitsipas mara ke pusingan empat Terbuka Perancis selepas menewaskan wakil Sweden Mikael Ymer di pusingan ketiga.

Tsitsipas yang berjaya mara ke perlawanan akhir kejohanan tersebut tahun lepas tidak berdepan masalah untuk menidakkan cabaran pemain berusia 23 tahun itu dengan kemenangan straight set 6-2, 6-2, 6-1.

“Berdepan dengan Mike bukan satu perkara yang mudah kerana kami selalu berjumpa sebelum ini. Malah kami juga ada sejarah masing-masing kerana mula bertembung di peringkat remaja lagi.

“Bagaimanapun, saya rasa sudah bermain dengan sangat baik dan ia merupakan perlawanan yang bagus saya melangkah lebih jauh,” katanya.

Pada pusingan keempat, Tsitsipas dijangka akan bertemu sama ada wakil Denmark Holger Rune atau wakil tuan rumah Hugo Gaston yang akan membuat perhitungan dalam satu lagi perlawanan.