Dua cedera letupan kabel elektrik

Letupan kabel elektrik bervoltan tinggi yabg berlaku berhampiran pencawang TNB Sauk, hari ini.
Letupan kabel elektrik bervoltan tinggi yabg berlaku berhampiran pencawang TNB Sauk, hari ini.
A
A
A

KUALA KANGSAR - Dua kakitangan subkontraktor Tenaga Nasional Berhad (TNB) mengalami lecur di kaki dan badan selepas terkena serpihan letupan kabel elektrik bervoltan tinggi berhampiran Pencawang Pembahagi Utama (PPU) Sauk, hari ini.

Mangsa dikenali Mat Sham Hasyim, 58, mengalami lecur di badan manakala rakan sekerjanya, Muhamad Redzuan Mat Nasir, 32, melecur dari bahagian kaki hingga dada.

Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar, Asisten Komisoner Razali Ibrahim berkata, kejadian sekitar jam 12.40 tengah hari itu berlaku ketika kedua-dua mangsa sedang melakukan kerja menyambung kabel di tiang ke transfomer yang terletak pada tiang elektrik.

"Ketika kerja penyelenggaraan itu dilakukan, tidak semena-mena berlaku letupan.

Keadaan seorang daripada dua pekerja subkontraktor TNB yang cedera.
Keadaan seorang daripada dua pekerja subkontraktor TNB yang cedera.

"Mangsa telah dibawa ke Hospital Kuala Kangsar untuk rawatan lanjut dan kerja baik pulih bekalan sedang dijalankan," katanya.

Dalam pada itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kangsar, Mohd Taufiq Abd Sattar berkata, siasatan awal mendapati, letupan berlaku akibat litar pintas semasa kerja penyelenggaraan dijalankan.

"Serpihan kabel yang meletup terkena kedua-dua mangsa menyebabkan mereka cedera.

Artikel Berkaitan:

"Panggilan berhubung kejadian itu diterima pada jam 12.40 tengah hari dan kerja menyelamat tamat pada jam 1.54 petang," katanya.