Lelaki maut digilis treler ketika konvoi

Lelaki berusia 34 tahun maut digilis treler selepas terlibat kemalangan di KM57.7 Lebuhraya Karak- Kuala Lumpur, pada Sabtu.
Lelaki berusia 34 tahun maut digilis treler selepas terlibat kemalangan di KM57.7 Lebuhraya Karak- Kuala Lumpur, pada Sabtu.
A
A
A

BENTONG - Seorang lelaki maut digilis treler selepas motosikal ditunggangnya melanggar motosikal milik rakannya ketika sedang konvoi dalam kejadian di kilometer (KM) 57.5 Lebuhraya Karak - Kuala Lumpur di sini, pada Sabtu.

Dalam kejadian pada jam 10.15 pagi itu, mangsa dikenali sebagai Zulkifli Kamarudin, 34, meninggal dunia di lokasi kejadian kerana cedera parah.

Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Zaiham Mohd Kahar berkata, siasatan awal mendapati mangsa bersama beberapa rakannya dalam perjalanan dari bandar Jengka menghala ke Port Dickson, secara konvoi.

"Ketika melalui lokasi kejadian, mangsa telah melanggar motosikal ditunggang rakannya yang berada di hadapan menyebabkan mangsa terjatuh dan tercampak ke laluan sebelah kiri jalan.

"Akibat perlanggaran itu, mangsa digilis sebuah treler yang berada di lorong sebelah kiri jalan. Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah," katanya dalam kenyataan, pada Ahad.

Beliau berkata, siasatan lanjut masih dijalankan dan saksi yang melihat kejadian itu diminta tampil membantu pihak polis.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.