Covid-19: Dua kematian, 1,645 kes baharu direkodkan

Kes jangkitan baharu yang direkodkan adalah berjumlah 1,645 kes yang menjadikan kes aktif 25,218 kes. Foto hiasan
Kes jangkitan baharu yang direkodkan adalah berjumlah 1,645 kes yang menjadikan kes aktif 25,218 kes. Foto hiasan
A
A
A

SHAH ALAM - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan dua kematian baharu akibat Covid-19 yang menjadikan jumlah kematian kini seramai 35,660 orang.

Manakala, satu kematian membabitkan di luar hospital atau 'brought-in-dead' (BID) setakat tengah malam Sabtu.

Menurut data KKM di portal CovidNow, daripada jumlah itu keseluruhan kematian BID yang dicatatkan berjumlah 7,553 orang.

Sementara itu, kes jangkitan baharu yang direkodkan adalah berjumlah 1,645 kes yang menjadikan kes aktif 25,218 kes.

Daripada jumlah itu juga, 24,238 individu atau 96.1 peratus daripadanya sedang menjalani kuarantin di rumah dan seramai 16 individu pula ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC).

Sejumlah 930 atau 3.7 peratus lagi dirawat di hospital dengan 34 pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU).

Kes ICU melibatkan 17 pesakit memerlukan bantuan pernafasan dan 17 pesakit pula memerlukan mesin ventilator.

Selain itu juga, sebanyak 1,809 kes sembuh dilaporkan menjadikan jumlah kes sembuh di negara ini adalah sebanyak 4,441,701.