25,000 hadiri Majlis Aidilfitri Menteri Komunikasi dan Multimedia

 Annuar Musa (tengah) beramah mesra bersama orang ramai yang hadir pada majlis Ramah Mesra Aidilfitri MenKOMM bersama Komuniti Keluarga Malaysia dan Rakyat Kelantan di Dewan Tun Ghaffar Baba Kompleks Yayasan Kemiskinan Kelantan Padang Kala Melor pada Sabtu. - Foto Bernama
--fotoBERNAMA (2022) HAK CIPTA TERPELIHARA
Annuar Musa (tengah) beramah mesra bersama orang ramai yang hadir pada majlis Ramah Mesra Aidilfitri MenKOMM bersama Komuniti Keluarga Malaysia dan Rakyat Kelantan di Dewan Tun Ghaffar Baba Kompleks Yayasan Kemiskinan Kelantan Padang Kala Melor pada Sabtu. - Foto Bernama --fotoBERNAMA (2022) HAK CIPTA TERPELIHARA
A
A
A

KOTA BHARU - Majlis Ramah Mesra Aidilfitri Menteri Komunikasi dan Multimedia Bersama Komuniti Keluarga Malaysia dan Rakyat Kelantan hari ini menerima sambutan luar biasa apabila dihadiri 25,000 pengunjung.

Majlis yang dianjurkan oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia (MenKOMM), Tan Sri Annuar Musa yang juga Ahli Parlimen Ketereh itu diadakan di Kompleks Yayasan Kemiskinan Kelantan (YKK), Padang Kala, di sini.

Dalam ucapan penghargaannya, Annuar berkata, Pusat Khidmat Parlimen Ketereh di Kompleks YKK dibanjiri puluhan ribu rakyat dan merupakan sambutan paling meriah pernah dilihat sejak sekian lama.

"Walau jemputan sepatutnya bermula jam 11 pagi itu namun Kompleks YKK yang juga merupakan Pusat Khidmat Parlimen Ketereh itu mula dibanjiri ribuan pengunjung seawal jam 9 pagi.

Malah, majlis yang sepatutnya tamat jam 4 petang itu dilanjutkan kerana ribuan pengunjung masih berkumpul di Kompleks YKK. Terima kasih diucapkan kepada semua yang telah menjayakan majlis yang sangat meriah ini,” katanya dalam hantaran di laman Facebook beliau pada Sabtu.

Annuar Musa (dua dari kiri) semasa melawat gerai makanan sempena Majlis Ramah Mesra Aidilfitri MenKOMM bersama Komuniti Keluarga Malaysia dan Rakyat Kelantan di Dewan Tun Ghaffar Baba Kompleks Yayasan Kemiskinan Kelantan Padang Kala Melor pada Sabtu. - Foto Bernama
Annuar Musa (dua dari kiri) semasa melawat gerai makanan sempena Majlis Ramah Mesra Aidilfitri MenKOMM bersama Komuniti Keluarga Malaysia dan Rakyat Kelantan di Dewan Tun Ghaffar Baba Kompleks Yayasan Kemiskinan Kelantan Padang Kala Melor pada Sabtu. - Foto Bernama

Selepas dua tahun tiada sebarang sambutan rumah terbuka berikutan penularan Covid-19, Majlis Ramah Mesra Aidilfitri Menteri Komunikasi dan Multimedia Bersama Komuniti Keluarga Malaysia dan Rakyat Kelantan menerima kunjungan daripada pelbagai lapisan masyarakat dari seluruh Kelantan.

Pengunjung yang hadir dihidangkan dengan pelbagai menu yang ditawarkan lebih 20 gerai makanan, turut diadakan acara cabutan bertuah yang menawarkan pelbagai hadiah seperti barangan elektrik, telefon bimbit dan motosikal.

Selain menikmati pelbagai pilihan juadah, pengunjung turut dihiburkan dengan persembahan artis tempatan antaranya Datuk A Aida, Datuk Nora, Man Khan, Aris Kapilla, Eddie Hamid dan persembahan Pentarama Jabatan Penerangan Malaysia. -Bernama