X

Kindly register in order to view this article
!

Khamis | 07 Julai 2022

Bekalan ikan negara mencukupi: Jabatan Perikanan

Bekalan ikan bagi keperluan dalam negara masih mencukupi. Gambar kecil: Mohd Sufian
A
A

KUALA LUMPUR - Bekalan ikan bagi keperluan dalam negara adalah mencukupi, namun apa yang berlaku pada masa ini disebabkan peningkatan permintaan akibat pembelian panik susulan laporan mengenai krisis makanan.

Ketua Pengarah Jabatan Perikanan, Mohd Sufian Sulaiman berkata, kekurangan bekalan serta harga ikan yang tinggi adalah isu global, akan tetapi Jabatan Perikanan sentiasa memastikan sumber bekalan itu mencukupi.

"Janganlah membuat pembelian panik kerana dari segi penternakan dan tangkapan ikan memang mencukupi. Sila buat pembelian secara biasa,” katanya kepada pemberita di pelancaran ‘Kempen Jom Makan Ikan Air Tawar Peringkat Negeri Selangor’ pada Sabtu.

Kempen Jom Makan Ikan Air Tawar 2022 merupakan usaha Jabatan Perikanan menggalakkan masyarakat mengguna ikan air tawar dalam menu masakan harian mereka, sekali gus akan meningkatkan permintaan dan pengeluaran ikan air tawar.

Kempen pada Sabtu dirasmikan oleh Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) 1, Datuk Seri Ahmad Hamzah, di mana kempen ini merupakan kesinambungan di peringkat negeri selepas dilancarkan pada 24 Mac lalu oleh Menteri MAFI, Datuk Seri Dr Ronald Kiandee. - Bernama


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!