Kakitangan MBSA ditemukan lemas ketika menyelam

No Image Caption
A
A
A

DUNGUN - Seorang kakitangan wanita Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) ditemukan lemas ketika menyertai aktiviti menyelam di Pulau Tenggol di sini pada Sabtu.

Mangsa, Puspasari Aminuddin, 37, dari Selangor ditemui tidak bernafas selepas 15 minit melakukan aktiviti itu pada jam 9.40 pagi.

Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Baharudin Abdullah berkata, mangsa bersama rakannya dilaporkan bertolak dari jeti ke Pulau Tenggol pada jam 8.30 pagi untuk menyelam.

"Mereka bersama penyelam lain tiba di Tokong Timur Pulau Tenggol pada jam 9.25 pagi dan turun menyelam.

"Selepas 10 hingga 15 minit kemudian, pemandu bot ternampak mangsa terapung di permukaan air lalu dibawa naik ke dalam bot," katanya di sini pada Sabtu.

Bagaimanapun Baharudin, mangsa didapati tidak bernyawa dan dibawa ke jeti Dungun sebelum dihantar ke Unit Forensik, Hospital Dungun untuk tindakan lanjut.