Sila log masuk terlebih dahulu.

Kilang tilam terbakar, anggota EMRS cedera

Kilang membuat tilam di Jalan Jelebu di sini musnah dalam kebakaran pada Ahad.
Kilang membuat tilam di Jalan Jelebu di sini musnah dalam kebakaran pada Ahad.
A
A
A

SEREMBAN - [DIKEMASKINI] Sebuah kilang tilam di Jalan Jelebu di sini musnah 90 peratus dalam kebakaran pada petang Sabtu.

Penolong Pengarah Operasi, JBPM Negeri Sembilan, Zamhuri Zainnordin berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 6.45 petang.

"Sepasukan anggota dan pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat Seremban telah diarahkan ke lokasi yang turut dibantu empat balai bomba dan penyelamat dari Ampangan, Seremban 2, Senawang dan Nilai bagi memadamkan kebakaran.

"Kebakaran melibatkan kilang tilam terbakar 90 peratus," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Sementara itu, Zamhuri berkata, seorang anggota Jentera Perkhidmatan Perubatan Kecemasan (EMRS) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) cedera ketika memadamkan kebakaran di kilang tersebut.

"Anggota berkenaan cedera di bahagian muka dan tangan bagaimanapun telah dihantar ke Hospital Tuanku Jaafar, Seremban untuk rawatan lanjut.

"Ketika ini pasukan bomba masih menjalankan kerja-kerja 'overhall' di lokasi manakala api berjaya dikawal. Maklumat terkini akan diberitahu dari semasa ke semasa," katanya.

Artikel Berkaitan: