Sila log masuk terlebih dahulu.

Tubuh jawatankuasa bincang kawal penyalahgunaan ketum, hemp

Zahidi (dua dari kiri) memotong pulut kuning pada Majlis Ramah Mesra Hari Raya Aidilfitri Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, di Padang MSPPK, Ambangan Height, Sungai Petani pada Sabtu.
Zahidi (dua dari kiri) memotong pulut kuning pada Majlis Ramah Mesra Hari Raya Aidilfitri Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, di Padang MSPPK, Ambangan Height, Sungai Petani pada Sabtu.
A
A
A

SUNGAI PETANI - Satu jawatankuasa khas untuk memberi cadangan cara mengawal penyalahgunaan ketum dan hemp dibentuk selepas mendapat 'lampu hijau' daripada kerajaan untuk membincangkan perkara tersebut.

Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Zahidi Zainul Abidin berkata, bekas pegawai polis juga dilantik menganggotai jawatankuasa itu dan pandangan mereka akan dibawa ke peringkat kerajaan.

Menurutnya, jawatankuasa khas itu juga mengalu-alukan bekas pegawai keselamatan lain seperti tentera untuk sama-sama terlibat membantu usaha pihaknya agar dua tanaman itu dapat diproses untuk tujuan perubatan.

"Kerajaan sudah beri 'lampu hijau' membincangkan perkara ini dan saya perlu bincang dengan Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin dari segi pengawalan. Bekas-bekas pegawai polis tertinggi dilantik pengerusi jawatankuasa khas ini.

"Mereka terdiri daripada bekas pegawai narkotik dan Bahagian Maksiat, Judi dan Kongsi Gelap (D7) dan lain-lain bahagian. Cadangan yang diperoleh ini akan dikemukakan kepada kerajaan," katanya pada sidang akhbar selepas Majlis Ramah Mesra Hari Raya Aidilfitri Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, di Padang MSPPK, Ambangan Height pada Sabtu.

Dalam pada itu, Zahidi terus mengulangi pendirian bahawa ketum dan hemp mampu membantu mengubah nasib penduduk luar bandar keluar daripada garis kemiskinan jika tanaman tersebut dibenarkan diproses untuk perubatan.

"Selama ini penduduk luar bandar yang tidak pergi sekolah, tiada duit beli susu anak, kerajaan juga yang tolong, tidak ramai individu yang sanggup membantu golongan ini.

"Mereka yang salah guna ketum saya difahamkan 3,000 orang pada hari ini tetapi jika kerajaan lulus tanaman ketum dan hemp, seramai dua juta orang akan dapat pendapatan," ujarnya

Artikel Berkaitan:

Tambahnya lagi, morfin juga memudaratkan manusia jika disalahgunakan namun bahan kawalan itu mendapat kebenaran kerajaan bagi tujuan perubatan di hospital.

"Begitu juga dengan teh tarik dan ubat tidur jika berlebihan akan membahayakan kesihatan, sebab itu perlu kawal," katanya.