Sila log masuk terlebih dahulu.

Perak bakal terima RM60 juta tambah baik jalan Persekutuan

Laluan kerap berlaku kemalangan di Jalan Raya Timur Barat (JRTB) Gerik-Jeli turut akan dinaik taraf. Gambar Kecil : Saarani
Laluan kerap berlaku kemalangan di Jalan Raya Timur Barat (JRTB) Gerik-Jeli turut akan dinaik taraf. Gambar Kecil : Saarani
A
A
A

LENGGONG - Perak bakal menerima peruntukan berjumlah RM60 juta bagi menyelenggara dan menambah baik beberapa jalan Persekutuan yang rosak di negeri itu.

Menteri Besar, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, kerja-kerja menaik taraf itu turut membabitkan kawasan yang kerap berlaku kemalangan termasuk Jalan Raya Timur Barat (JRTB) Gerik-Jeli.

"Kami difahamkan, kementerian (Kerja Raya) telah menyediakan peruntukan RM60 juta tersebut. Malah satu lawatan kerja oleh Menteri Kerja Raya ke negeri ini dijadual pada 20 Jun nanti,” katanya ketika ditemui pada Jamuan Rakyat Aidilfitri Parlimen Lenggong pada Sabtu.

Saarani berkata, beliau telah membangkitkan kepentingan kerja-kerja penambahbaikan jalan berkenaan pada mesyuarat Menteri-Menteri Besar dan Perdana Menteri baru-baru ini.

"Ini kerana jalan negeri kita ada duit untuk baiki tetapi ia tidak boleh digunakan untuk baiki jalan Persekutuan. Orang ramai pula dia tidak faham mana satu jalan negeri dan Persekutuan,” katanya.

Dalam pada itu, Ahli Parlimen Lenggong, Datuk Seri Shamsul Anuar Nasarah berkata, penambahbaikan jalan Persekutuan termasuk laluan Lenggong-Gerik-Jeli itu sudah lama ditunggu masyarakat setempat kerana ia jalan yang penting untuk pembangunan selain merancakkan sosioekonomi yang menghubungkan negeri-negeri berjiran. - Bernama

Artikel Berkaitan: