X

Kindly register in order to view this article
!

Jumaat | 01 Julai 2022

32 taska ditutup sejak HFMD menular

Hanafiah
A
A

KUALA TERENGGANU - Sebanyak 32 taman asuhan kanak-kanak (Taska) di bawah seliaan Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu (YPK) dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) ditutup sementara sejak jangkitan penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) menular di negeri ini.

Exco Kebajikan, Pembangunan Wanita dan Keluarga dan Perpaduan Nasional negeri, Hanafiah Mat berkata, daripada jumlah itu, sebanyak tiga taska ditutup pada Mac, 22 taska pada April manakala tujuh lagi bulan ini.

Menurutnya, penutupan taska itu bagi membolehkan proses sanitasi premis dijalankan dan setakat ini hampir semua taska tersebut dibenar beroperasi semula selepas keadaan selamat.

"Arahan penutupan itu mengikut Subsesyen 18(1) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit 1988 dan setakat ini, Taska Permata Kampung Buluh di Hulu Terengganu masih ditutup hingga 2 Jun," katanya kepada pemberita pada Sabtu.

Menurut Hanafiah, sehingga kini sebanyak 368 kes jangkitan HFMD direkodkan di 32 taska seluruh Terengganu.

Beliau berkata, daripada jumlah itu sebanyak 76 kes dikesan pada Mac lalu dan jumlahnya meningkat kepada 257 kes pada April.

"Bagaimanapun, kes HFMD di Terengganu semakin menurun dan terkawal dengan 34 jangkitan direkodkan bulan ini. Saya harap ibu bapa sentiasa peka dengan HFMD dan membawa anak mereka ke hospital dengan segera jika ada tanda-tanda jangkitan.

"Sekiranya sah HFMD, jangan hantar anak-anak ke taska bagi mengelak jangkitan kepada kanak-kanak lain. Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu (JKNT) akan melakukan penilaian sama ada operasi taska perlu ditutup atau sebaliknya," katanya.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!