X

Kindly register in order to view this article
!

Jumaat | 01 Julai 2022

Harimau Malaya mampu beraksi lebih baik

Pan Gon (kiri) bersama pemain skuad Harimau Malaya Mohamed Syamer Kutty Abba (kanan) ketika sidang media perlawanan persahabatan antara pasukan Malaysia menentang Brunei di Wisma FAM, pada Khamis. - Foto Bernama
A
A

PENGENDALI Harimau Malaya, Kim Pan-gon memuji persembahan yang ditampilkan pasukannya ketika membelasah Brunei 4-0 dalam perlawanan persahabatan antarabangsa Tier 1 di Stadium Nasional Bukit Jalil pada Jumaat.

Bagaimanapun jurulatih kelahiran Korea itu percaya pasukannya mampu beraksi dengan lebih baik lagi pada perlawanan itu sekiranya tidak kerap memperlahankan tempo permainan pada aksi tersebut.

“Saya tidak lihat kepada berapa banyak gol yang berjaya kami jaringkan sebagai kayu pengukur prestasi.

Tapi saya yakin pasukan mampu untuk beraksi lebih baik sekiranya mereka berjaya mengekalkan rentak permainan.

“Jika anda lihat dalam perlawanan bola sepak peringkat tertinggi, pasukan jarang sekali menghentikan rentak permainan mereka.

Bagaimanapun saya akan kaji semula kenapa pasukan lakukan perkara tersebut.

“Apapun saya berpuas hati dengan aksi yang ditampilkan mereka selepas berlatih dengan keras dalam tempoh tujuh hari,” katanya pada sidang media selepas perlawanan.

Dalam pada itu, Pan Gon menggesa peminat dan media supaya terus memberikan sokongan padu bukan sekadar mengkritik pemain pasukan kebangsaan sekiranya melakukan sebarang kesilapan dalam satu-satu perlawanan.

"Anda mungkin marah atau kecewa namun kami cuba sedaya upaya untuk membanggakan anda dengan memberikan prestasi lebih baik dan bukannya bola sepak negatif.

Kesilapan adalah perkara biasa malah pemain terbaik dunia turut melakukannya dan segala analisis pemain hanyalah untuk kegunaan pasukan teknikal, bukannya untuk semua pihak.

Jangan menyerang individu jika anda adalah seorang penyokong sejati.

"Pasukan kita perlu kekal bersatu. Penyokong, media dan seluruh negara perlu bersatu dan membawa semangat yang baik buat Malaysia,” katanya.

Beliau turut memaklumkan teruja melihat sokongan peminat Malaysia yang hadir di stadium untuk menonton perlawanan pertamanya di laman sendiri.

Sementara itu, Ketua Jurulatih Brunei, Rosanan Samak berkata, dia menerima keputusan perlawanan tersebut dengan hati terbuka sambil memberitahu berjaya mengenal pasti kelemahan yang perlu diperbaiki bagi memastikan pemain Brunei bertaraf antarabangsa.

Meskipun tewas 0-4 kepada Malaysia, beliau berbangga dengan persembahan ditunjukkan oleh barisannya walaupun sudah setahun tidak mempunyai perlawanan kompetitif akibat kekangan Covid-19 di Brunei

“Kami menerima apa sahaja keputusan perlawanan ini asalkan kami tahu apa kelemahan pasukan terutama kecergasan pemain kerana sudah setahun tidak beraksi akibat Covid-19.

Saya tidak menyuruh mereka menyerang kerana Malaysia sudah lama bermai.

"Saya berbangga dengan apa yang ditunjukkan anak buah dan beritahu kepada pemain bahawa semuanya baik walaupun tewas 4-0,” ujarnya.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!