X

Kindly register in order to view this article
!

Sabtu | 02 Julai 2022

Bomba selamatkan warga emas terperangkap dalam kebakaran

Anggota bomba berjaya menyelamatkan seorang warga emas yang terperangkap dalam kebakaran di sebuah kediaman di Jalan Indah 5, Taman Seri Awana, Klang pada Sabtu.
A
A

KLANG - Tindakan pantas pasukan penyelamat berjaya menyelamatkan nyawa seorang warga emas yang terperangkap dalam kebakaran di sebuah kediaman di Jalan Indah 5, Taman Seri Awana di sini awal pagi Sabtu.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis berkata, dua buah jentera dari Balai Sungai Pinang dan Balai Kota Raja dikerahkan sejurus menerima panggilan kecemasan pada jam 4.29 pagi.

"Kebakaran melibatkan sebuah rumah teres dua tingkat yang terbakar sebanyak 40 peratus.

"Terdapat seorang lelaki berusia 60-an terperangkap di balkoni rumah dan berjaya diselamatkan oleh anggota bomba,"katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

Norazam berkata, mangsa yang merupakan warga tempatan itu tidak mengalami sebarang kecederaan.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!