X

Kindly register in order to view this article
!

Rabu | 06 Julai 2022

Covid-19: Kes harian baharu susut, hanya lima kluster masih aktif

Kes harian baharu Covid-19 dalam negara menyusut 3.8 peratus untuk tempoh seminggu kepada sebanyak 13,449. - Gambar hiasan
A
A

KUALA LUMPUR - Kes harian baharu Covid-19 dalam negara menyusut 3.8 peratus untuk tempoh seminggu (21 Mei hingga 27 Mei) kepada sebanyak 13,449.

Sepanjang seminggu ini juga, kes harian baharu masih di bawah 2,500 dan untuk Jumaat 27 Mei, kes harian baharu yang dilaporkan adalah sebanyak 1,877.

Daripada jumlah 1,877 kes ini, Selangor mencatat kes tertinggi iaitu 909 kes diikuti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 221 kes dan Negeri Sembilan 125 kes.

Untuk rekod, sebanyak 13,982 kes harian baharu Covid-19 dilaporkan untuk tempoh seminggu lepas, 14 Mei hingga 20 Mei.

Sepanjang Rangkuman Mingguan Bernama (21 Mei hingga 27 Mei 2022) ini juga, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan hanya satu kluster iaitu kluster komuniti (Kluster Pulai Jaya) di Kinta, Perak dan sehingga 22 Mei 2022 sebanyak 27 kes positif Covid-19 dikesan.

Ini menjadikan sepanjang bulan Mei setakat ini (1 Mei hingga 27 Mei 2022), hanya terdapat dua (2) kluster baharu. Kluster yang dilaporkan sebelum ini pada 11 Mei melibatkan kluster pusat tahanan di Serian, Sarawak (Kluster Dti Semuja 4) dengan 14 kes dikesan setakat ini.

KKM mengesan sebanyak 7,012 kluster sepanjang pandemik Covid-19 melanda negara ini lebih dua tahun lalu dan setakat Jumaat, hanya tinggal lima kluster yang masih aktif.

Dengan 1,877 kes harian baharu, kes kumulatif Covid-19 Malaysia kini sebanyak 4,500,934

Untuk kes sembuh Covid-19, sebanyak 1,680 kes dilaporkan pada Jumaat menjadikan kes kumulatif sembuh setakat jam 11:59 malam Jumaat sebanyak 4,439,892

Berikut kes harian baharu Covid-19 sepanjang tempoh Rangkuman Mingguan Bernama (21 Mei hingga 27 Mei 2022):-

21 Mei (2,021), 22 Mei (1,817), 23 Mei (1,544), 24 Mei (1,918), 25 Mei (2,430), 26 Mei (1,845) dan 27 Mei (1,877).

Malaysia memasuki fasa peralihan ke endemik pada 1 April 2022 sebagai 'exit strategy' untuk membolehkan rakyat negara ini kembali semula kepada kehidupan yang hampir normal selepas dua tahun berperang dengan Covid-19.

Protokol Prosedur Operasi Standard (SOP) Covid-19 pula dilonggarkan mulai 1 Mei 2022, termasuk pemakaian pelitup muka, penjarakan fizikal dan daftar masuk (check-in) menggunakan MySejahtera.

Dengan sebanyak 4,500,934 kes kumulatif, Malaysia kini di tangga 23 daripada 227 buah negara/wilayah yang dilanda pandemik Covid-19. Di hadapan Malaysia ialah Ukraine (5,011,433) dan Mexico (5,759,773).

Dalam kalangan 227 buah negara, mengikut data terkini Worldometer, Republik Rakyat Demokratik Korea (DPRK) terus mencatat kes harian baharu tertinggi dan kini berada di tangga 37 dengan Jumaat mencatat sebanyak 100,470 kes, diikuti Amerika Syarikat 98,249 kes dan Taiwan 94,855 kes.

Dari segi angka kematian, Amerika Syarikat mencatat angka kematian akibat Covid-19 tertinggi dan setakat semalam sebanyak 1,031,218 kes.

Sementara itu, data CovidNow KKM setakat jam 11:59 malam Jumaat menunjukkan sebanyak 24,234 kes (95.5 peratus) dikuarantin di rumah daripada 25,384 kes aktif Covid-19 yang dilaporkan.

Sebanyak 22 kes (0.1 peratus) lagi di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC); 1,098 kes (4.3 peratus) di hospital; 12 kes (0.0 peratus) di unit rawatan rapi (ICU) tanpa memerlukan alat bantuan pernafasan (ABP) sementara 18 kes (0.1 peratus) di ICU memerlukan ABP.

Rekod kadar kebolehjangkitan Covid-19 atau Ro/Rt untuk seluruh negara sepanjang tempoh Rangkuman ini adalah seperti berikut:-

*paras terendah 0.52 dicatat pada 6 Mei 2022.

*kembali melebihi paras 1.00 iaitu 1.05 pada 11 Mei 2022.

21 Mei (0.87), 22 Mei (0.87), 23 Mei (0.89), 24 Mei (0.95), 25 Mei (0.98), 26 Mei (0.96) dan 27 Mei (0.95).

Negeri yang mencatat Ro/Rt yang tinggi pada 26 Mei 2022 ialah Sabah (1.05), Sarawak (0.940 dan Melaka (0.93).

R-Naught (Ro/Rt) ialah kebolehjangkitan satu kes positif Covid-19 kepada orang lain dalam tempoh kebolehjangkitan. Ro/Rt 0.5 diperlukan untuk melandaikan lekuk jangkitan koronavirus maut ini.

Senario Covid-19 di Malaysia

Kes sembuh:-

21 Mei (3,162), 22 Mei (3,389), 23 Mei (2,905), 24 Mei (2,124), 25 Mei (2,192), 26 Mei (1,825) dan 27 Mei (1,680).

* kes kumulatif sembuh sehingga 27 Mei 2022 sebanyak 4,439,892.

Kes aktif dengan kebolehjangkitan:-

21 Mei (28,085), 22 Mei (26,511), 23 Mei (25,148), 24 Mei (24,940), 25 Mei (25,172), 26 Mei (25,189) dan 27 Mei (25,384).

Perincian kes harian baharu (1,877 kes):-

*mengikut negeri, setakat pukul 11:59mlm 26 Mei 2022

* (+kes import)

Kes harian baharu tiga angka - Negeri Sembilan 125 (+0), Perak 120 (+1), Pulau Pinang 106 (+0), Selangor 909 (+0) dan WP Kuala Lumpur 219 (+2);

K​​​​es harian baharu dua angka - Johor 43 (+1), Kedah 58 (+0), Kelantan 11 (+0), Melaka 62 (+0), Pahang 23 (+0), Sabah 76(+0), Sarawak 46 (+0), Terengganu 10 (+0) dan WP Putrajaya (58(+0);

Kes harian baharu satu angka - WP Labuan 4 (+0) dan Perlis 3 (+0).

Rekod kes baharu, kes kumulatif dan kes import:-

21 Mei - Kes baharu: 2,021 ; Kes kumulatif: 4,489,503; Kes import: 1.

22 Mei - Kes baharu: 1,817 ; Kes kumulatif: 4,491,320; Kes import: 3.

23 Mei - Kes baharu: 1,544 ; Kes kumulatif: 4,492,864; Kes import: 3.

24 Mei - Kes baharu: 1,918 ; Kes kumulatif: 4,494,782; Kes import: 22.

25 Mei - Kes baharu: 2,430 ; Kes kumulatif: 4,497,212; Kes import: 12.

26 Mei - Kes baharu: 1,845 ; Kes kumulatif: 4,499,057; Kes import: 9.

27 Mei - Kes baharu: 1,877 ; Kes kumulatif: 4,500,934; Kes import: 4.

Sementara itu, kluster aktif untuk seluruh negara menurun kepada hanya lima (5) setakat 26 Mei 2022 dan jumlah kluster yang dikesan sejak pandemik Covid-19 sebanyak 7,012 kluster dikesan.

Untuk tempoh Rangkuman Bernama ini, hanya satu (1) kluster baharu dikesan dan KKM melaporkan Kluster Pulai Jaya dikesan di Kinta, Perak. Setakat 22 Mei 2022, sebanyak 24 kes positif dilaporkan.

Rekod kluster baharu dan perincian kluster:-

21 Mei - Tiada kluster

22 Mei - 1 kluster (komuniti 1)

23 Mei - Tiada Kluster

24 Mei - Tiada kluster

25 Mei - Tiada Kluster

26 Mei - Tiada kluster

27 Mei - Tiada kluster

Rekod kes kematian:-

*BID = kes kematian di luar fasiliti kesihatan (iaitu hospital) dan dibawa ke Jabatan Forensik hospital; disahkan positif Covid-19 selepas ujian makmal PT PCR dijalankan.

21 Mei - 3 (BID 0), 22 Mei - 2 (BID 1 ), 23 Mei - 2 (BID 0 ), 24 Mei - 2 (BID 0 ), 25 Mei - 6 (BID 0), 26 Mei - 3 (BID 0) dan 27 Mei -2 (BID 1).

*Jumlah kes kematian sehingga 27 Mei 2022, sebanyak 35,658 kes.

Statistik global Covid-19

Jumlah kes Covid-19 global terkini (worldometer) adalah sebanyak 530,920,131 (Rangkuman Mingguan lepas sebanyak 526,446,054 kes) dengan 6,309,638 kematian (Minggu lepas 520,289,101 kes). Kes pesakit sembuh sebanyak 501,496,528 (Minggu lepas 496,175,540 kes).

Sebanyak 227 negara/wilayah dilanda pandemik Covid-19 dan 10 buah negara teratas dalam kedudukan senarai ini adalah Amerika Syarikat, India, Brazil, Perancis, Jerman, United Kingdom, Rusia, Korea Selatan, Itali dan Turki. Negara terkini menyertai senarai ini ialah Republik Rakyat Demokratik Korea (DPRK).

Pecahan kes Covid-19 untuk 10 negara teratas dan (+rekod kes harian baharu) adalah seperti berikut:-

Amerika Syarikat 85,699,847 (+98,249);

India 43,148,500 (+970x);

Brazil 30,921,145 (+40,633);

Perancis 29,439,416 (+4,811);

Jerman 26,254,124 (+14,483);

United Kingdom 22,277,696 (+4,704);

Rusia 18,315,292 (+4,619);

Korea Selatan 18,315,292 (+4,619).

Itali 17,355,119 (+19,666)

Turki 15,068,017 (+940).

Di Asia Tenggara, di samping Malaysia, negara lain iaitu Indonesia, Filipina, Vietnam, Thailand, Singapura, Myanmar, Laos, Kampuchea dan Brunei turut menyertai senarai 127 buah negara yang mencatat lebih 100,000 kes Covid-19.

Pecahan kes kumulatif Covid-19 dan (+kes harian baharu) adalah seperti berikut:-

Vietnam di tangga 12 - 10,715,247 (+1,239);

Indonesia di tangga 19 - 6,053,894 (+224);

Malaysia di tangga 23 - 4,500,934 (+1,877);

Thailand di tangga 24 - 4,434,511 (+4,837);

Filipina di tangga 32 - 3,689,865 (+209);

Singapura di tangga 53 - 1,290,046 (+3,830);

Myanmar di tangga 80 - 613,280 (+20);

Laos di tangga 111 - 209,922 (+34);

Brunei di tangga 122 - 147,667 (+174) dan

Kampuchea di tangga 124 - 136,262 (+tiada maklumat).

- Bernama


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!