Covid-19: 1,877 kes baharu, dua kematian

Negara merekodkan sebanyak 1,877 kes baharu Covid-19 pada Jumaat. Gambar hiasan.
Negara merekodkan sebanyak 1,877 kes baharu Covid-19 pada Jumaat. Gambar hiasan.
A
A
A

SHAH ALAM - Negara merekodkan sebanyak 1,877 kes baharu Covid-19 pada Jumaat menjadikan kes keseluruhan jangkitan wabak tersebut kepada 4,500,934 setakat semalam dengan jumlah kes aktif adalah sebanyak 25,384.

Portal CovidNow menunjukkan daripada keseluruhan kes pesakit Covid-19 yang masih aktif, sebanyak 24,234 atau 95.5 peratus daripadanya merupakan individu dikuarantin di rumah dan 22 pesakit berada di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC).

Data itu turut menunjukkan sebanyak 1,098 pesakit Covid-19 dilaporkan ditempatkan di hospital dengan seramai 30 pesakit dimasukkan di unit rawatan rapi (ICU) manakala 18 kes pula memerlukan alat bantuan pernafasan.

Kes sembuh baharu Covid-19 yang direkodkan pada Jumaat ialah 1,680 kes menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh wabak tersebut dalam negara kepada 4,439,892.

Pada masa sama, negara merekodkan dua kematian baharu akibat wabak tersebut pada Jumaat.

Daripada jumlah itu, sebanyak satu kes adalah kematian di luar hospital atau 'brought-in-dead' (BID).