X

Kindly register in order to view this article
!

Khamis | 07 Julai 2022

JDT II kukuhkan cengkaman

Pemain JDT II, Ramadhan Saifullah Usman (kanan), cuba melepasi kawalan pertahanan Selangor FC II pada aksi Liga Premier, malam tadi. - Foto Facebook Johor Southern Tigers
A
A

SKUAD Johor Darul Ta’zim II (JDT II) kian mengukuhkan kedudukan dalam saingan Liga Premier 2022 apabila menewaskan Selangor FC II, 3-2 Stadium Majlis Bandaraya Pasir Gudang, malam tadi.

Selangor FC membuka jaringan menerusi Nik Muhammad Sharif Haseey Mohd Lazim pada minit ke-29 namun penyerang import JDT, Fernando Rodriguez Ortega, menyamakan kedudukan setelah menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-53 sebelum menjaringkan gol kedua pada minit ke-60.

Pemain gantian Selangor FC II, Muhammad Khairi Suffian Khaineyusri kemudiannya menjaringkan gol penyamaan pada minit ke 76 sebelum pemain gantian JDT II, Gabriel Nistelrooy Anak Tamin menjaringkan gol ketiga yang juga gol kemenangan pada masa kecederaaan.

Di Stadium Negeri Kuching, Kuching City FC turut mengukuhkan kedudukan dalam saingan Liga Premier 2022 apabila menewaskan Perak FC 3-1 di Stadium Negeri, Kuching malam tadi.

Kuching City FC membukajaringan pada minit ke-37 menerusi Mohamad Alif Hassan sebelum penyerang import, Abu Kamara, menjaringkan gol kedua pada minit ke-59.

Perak FC bagaimanapun berjaya merapatkan jurang pada minit ke-63 apabila Muhammad Hakimi Isa menyempurnakan sepakan penalti, namun belum cukup untuk menyekat kemenangan Kuching City FC.

Sementara itu, aksi Kelantan FC dan Kelantan United FC terpaksa berpuas hati berkongsi satu mata apabila kedua-dua pasukan terikat tanpa jaringan di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras malam tadi.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!