Maloney umumkan skuad akhir B-23 Piala Asia esok

Brad Maloney
Brad Maloney
A
A
A

[DIKEMAS KINI] Senarai akhir 23 pemain skuad Bawah-23 (B-23) Kejohanan Piala Asia di Tashkent, Uzbekistan hanya akan diumumkan selepas latihan terakhir mereka, esok.

Jurulatih B-23 Kebangsaan, Brad Maloney berkata, walaupun beliau mungkin tidak akan membuat sebarang perubahan kepada senarai terakhir, 50 pemain yang kini berada dalam senarai asal masih berpeluang untuk menyertai pasukan itu, sebelum mereka berlepas Ahad ini.

"Saya tidak pernah kata saya tidak akan membuat sebarang perubahan, pintu sentiasa terbuka untuk pemain yang bagus, jika mereka ada sebelum kami berlepas.

"Kami mempunyai 50 pemain berdaftar, jadi asasnya mana-mana pemain dalam pendaftaran itu masih dalam pertimbangan dan kami akan membuat keputusan akhir atas pemain yang ada, selepas sesi latihan esok,” katanya pada sesi latihan di Pusat Latihan Sime Darby di sini hari ini.

Skuad Harimau Muda berhadapan cabaran besar apabila mereka diundi bersama juara bertahan Korea Selatan dalam Kumpulan C.

Selain Korea Selatan, Malaysia juga berhadapan dengan kuasa rantau ini, Thailand dan naib juara 2018, Vietnam. - Bernama