Sila log masuk terlebih dahulu.

Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS

Ringgit pulih daripada penurunannya berbanding dolar AS untuk ditutup tinggi, pada Jumaat. Gambar hiasan
Ringgit pulih daripada penurunannya berbanding dolar AS untuk ditutup tinggi, pada Jumaat. Gambar hiasan
A
A
A

RINGGIT pulih daripada penurunannya berbanding dolar AS untuk ditutup tinggi pada Jumaat walaupun Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (Fed) akan meneruskan kempen kenaikan kadar faedahnya sepanjang tahun, kata seorang penganalisis.

Pada 6 petang, unit tempatan mengukuh sebanyak 175 mata asas kepada 4.3775/3800 berbanding dolar AS daripada paras penutup 4.3950/3990 pada Khamis.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Islam Malaysia Bhd Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata, walaupun bank pusat AS itu dijangka agresif dalam mengetatkan monetarinya, Indeks Dolar AS (DXY) nampaknya mula lemah kerana ia berada di kedudukan terlebih beli bagi tempoh yang agak lama.

Sementara itu, Rakan Pengurusan SPI Asset Management Stephen Innes berkata sentimen risiko terus bertahan dan dengan kelemahan dolar AS, mata wang Asia termasuk ringgit mencatatkan prestasi yang baik menuju ke hujung minggu.

"Harga minyak dijangka meningkat lebih tinggi berikutan kekurangan dari Rusia, oleh itu, ringgit juga mendapat rangsangan daripada peningkatan harga minyak,” katanya kepada Bernama.

Ringgit diniagakan tinggi berbanding kumpulan mata wang utama lain.

Unit tempatan meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.1962/1982 daripada paras penutup 3.1987/2018 pada Khamis, naik berbanding pound Britain kepada 5.5170/5201 daripada 5.5377/5427, meningkat berbanding euro kepada 4.6905/6932 daripada 4.7079/7122 dan menokok berbanding yen Jepun kepada 3.4450/4472 daripada 3.4677/4712 sebelumnya. - Bernama

Artikel Berkaitan: