Sila log masuk terlebih dahulu.

Pantau usaha kerajaan negeri laksana Ikhtiar BN Johor

Hasni Mohammad
Hasni Mohammad
A
A
A

PONTIAN - Barisan Nasional (BN) Johor akan memantau segala usaha dan perancangan kerajaan negeri dalam melaksanakan Ikhtiar BN Johor sebagai agenda utama negeri ini.

Pengerusinya Datuk Hasni Mohammad berkata, ia merupakan antara perkara yang dibangkitkan oleh wakil-wakil rakyat BN sebagai persiapan untuk sesi persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor akan datang.

"Kita akan menyemak usaha-usaha kerajaan negeri supaya Ikhtiar BN itu menjadi agenda utama dan kita akan pantau setiap kemajuan, setiap usaha yg dibuat ke arah mencapai Ikhtiar BN," kata bekas menteri besar Johor itu kepada pemberita di sini, pada Jumaat.

"Kita pun tahu, selain memperkatakan soal ekonomi, soal kesejahteraan rakyat, kita juga membicarakan tentang soal reformasi politik yang perlu berterusan di Johor ini,” kata beliau yang merujuk kepada ‘Ikhtiar’ yang dilancarkan oleh BN Johor ketika kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, Mac lepas.

Bercakap kepada pemberita pada Majlis Sambutan Aidilfitri anjuran UMNO Bahagian Pontian dan Dewan Undangan Negeri Benut di Dewan Jubli Intan, di sini hari ini beliau berkata satu perjumpaan khas dengan semua wakil rakyat BN Johor akan diadakan seminggu sebelum persidangan DUN Johor, yang dijangka bermula pada 16 Jun ini. - Bernama

Artikel Berkaitan: