Banjir di India ragut 30 nyawa, jejas setengah juta penduduk

Sebuah keluarga berada di atas atap rumah untuk mendapatkan perlindungan susulan banjir melanda di Assam, India dan setakat ini situasi tersebut belum menunjukkan tanda akan reda. - Foto AFP
Sebuah keluarga berada di atas atap rumah untuk mendapatkan perlindungan susulan banjir melanda di Assam, India dan setakat ini situasi tersebut belum menunjukkan tanda akan reda. - Foto AFP
A
A
A

NEW DELHI - Banjir yang melanda negeri Assam, di India telah menjejaskan lebih setengah juta penduduk dan meragut 30 nyawa setakat ini.

Menurut Pihak Berkuasa Pengurusan Bencana Negeri (ASDMA), banjir melanda 12 daerah dan setakat ini belum menunjukkan tanda akan reda, lapor Xinhua.

"Dua lagi kematian dilaporkan dalam tempoh 24 jam lepas di daerah Nagaon, setakat ini 30 orang telah kehilangan nyawa akibat banjir dan tanah runtuh," kata seorang pegawai ASDMA.

Buat masa ini, sebanyak 956 kampung masih ditenggelami air manakala 47,139.12 hektar kawasan tanaman musnah.

Pihak berkuasa tempatan telah membuka 365 kem pemindahan dan pusat pengedaran di enam daerah yang menempatkan kira-kira 66,836 orang termasuk 13,988 kanak-kanak. - Bernama