X

Kindly register in order to view this article
!

Jumaat | 01 Julai 2022

Keputusan permohonan Zuraida sertai PBM diumum selepas 7 Jun

Larry Sng
A
A

KUALA LUMPUR - Keputusan rasmi berhubung permohonan Ahli Parlimen Ampang, Datuk Zuraida Kamaruddin untuk menyertai Parti Bangsa Malaysia (PBM) akan diumumkan oleh presiden parti itu, Larry Sng, setelah beliau kembali dari luar negara.

Larry dalam kenyataan pada Jumaat memaklumkan beliau akan berlepas ke luar negara hari ini dan dijangka pulang ke tanah air pada 7 Jun nanti.

"Saya baru dimaklumkan tentang pengumuman Yang Berhormat Datuk Zuraida Kamaruddin yang berhasrat menyertai PBM.

"Kami akan membuat pengumuman rasmi mengenai keputusan kemasukannya apabila saya balik dari luar negara,” katanya.

Beliau berkata, pimpinan pusat parti akan membincangkan permohonan tersebut kerana ia adalah sebahagian daripada proses yang wajar dalam permohonan keahlian.

"Saya ingin mengulangi bahawa PBM mengalu-alukan sesiapa sahaja yang berkongsi perjuangan parti,” katanya.

Pada Khamis, Zuraida yang sebelum ini ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) mengumumkan menyertai PBM kerana tertarik dengan perjuangan parti berkenaan dan meletakkan jawatannya sebagai Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi. - Bernama


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!