LBS terima pengiktirafan MBOR

Hock San (kanan) menerima sijil Malaysia Book of Records (MBOR) daripada Christopher (kiri) sambil disaksikan Reezal Merican pada Majlis Pengiktirafan MBOR-LBS di KITA@Cybersouth pada Khamis.
Hock San (kanan) menerima sijil Malaysia Book of Records (MBOR) daripada Christopher (kiri) sambil disaksikan Reezal Merican pada Majlis Pengiktirafan MBOR-LBS di KITA@Cybersouth pada Khamis.
A
A
A

SEPANG - Pemaju hartanah LBS Bina Group Berhad (LBS) menerima pengiktirafan Malaysia Book of Records (MBOR) di atas pencapaian menyediakan unit rumah contoh terbanyak di dalam galeri jualan di Malaysia.

Pengerusi Eksekutif LBS, Tan Sri Lim Hock San berkata, sebanyak 13 unit rumah contoh dipamerkan di dua galeri jualan iaitu KITA@Cybersouth, Dengkil dan LBS Alam Perdana, Bandar Puncak Alam.

Hock San berkata, keputusan untuk menempatkan pelbagai jenis unit rumah pameran di bawah satu galeri jualan dilakukan bagi memenuhi kehendak pelanggan yang mahukan kemudahan ketika mencari rumah.

“Mencari rumah idaman boleh menjadi proses yang memenatkan bagi pembeli rumah, terutama kepada mereka yang mempunyai minat untuk melihat kriteria atau konsep rumah yang berbeza.

“Sebagai pemaju hartanah rakyat, matlamat kami adalah untuk memberi tumpuan bukan sahaja kepada kediaman yang dibina malah merangkumi perkhidmatan sebelum dan selepas pembelian dilakukan.

“Justeru idea menempatkan pelbagai jenis rumah contoh di bawah satu bumbung dapat merealisasikan kehendak pelanggan kami,” katanya ketika berucap pada Majlis Pengiktirafan MBOR - LBS di galeri pameran KITA@Cybersouth pada Khamis.

Turut hadir Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican dan Ketua Pegawai Operasi MBOR, Christopher Wong.

Christopher (dua dari kiri), Reezal Merican (tiga dari kiri) dan Hock San (lima dari kanan) bergambar selepas menandatangani plak pengiktirafan MBOR pada Majli Pengiktirafan MBOR-LBS di KITA@Cybersouth pada Khamis.
Christopher (dua dari kiri), Reezal Merican (tiga dari kiri) dan Hock San (lima dari kanan) bergambar selepas menandatangani plak pengiktirafan MBOR pada Majli Pengiktirafan MBOR-LBS di KITA@Cybersouth pada Khamis.

Mengulas lanjut Hock San berkata, inisitif menempatkan pelbagai jenis rumah contoh di bawah satu bumbung membolehkan pelanggan melihat projek berbeza pada satu masa tanpa perlu bimbang keadaan cuaca.

Katanya, LBS akan meneruskan konsep sedemikian di semua galeri pameran jualan pada masa akan datang kerana terbukti mampu mencapai matlamat syarikat itu dalam membantu pembeli rumah selain meningkatkan kecekapan dan kemampanan perkhidmatan.

Galeri jualan KITA@Cybersouth yang berkeluasan 34,783 kaki persegi menempatkan lapan rumah contoh iaitu rumah teres dua tingkat KITA Mekar, rumah bandar, unit rumah tingkat bawah dan atas, teres setingkat, pangsapuri KITA Ria jenis A dan B, Idaman BSP dan KITA Sejati.

Galeri jualan LBS Alam Perdana yang berkeluasan 18,273 kaki persegi pula menempatkan lima buah rumah contoh iaitu rumah bandar Ritma Perdana, unit rumah tingkat bawah dan atas, teres dua tingkat, Melodi Perdana dan Idaman Perdana.