Neymar buat pusingan U, kekal bersama PSG

Neymar - Foto football espana
Neymar - Foto football espana
A
A
A

PENYERANG Paris Saint-Germain membuat pusingan U untuk terus kekal bersama gergasi Ligue-1 itu biarpun sebelum ini membuat kenyataan mahu berkelana ke kelab lain.

Kenyataan itu sekali gus menafikan berita yang mengaitkan kepulangan bintang Brazil itu ke kelab lamanya, Barcelona setelah meninggalkan Nou Camp musim 2017 lalu.

“Benar, saya mahu terus beraksi bersama PSG biarpun sehingga saat ini tiada siapa pun yang tampil bagi membincangkan perkara berkenaan dengan saya.

“Oleh itu, segala-galanya kini jelas bahawa saya mahu terus beraksi bersama kelab ini untuk jangka masa yang lebih lama,” katanya.

Untuk rekod, Neymar sebelum ini diberitakan bakal meninggalkan kelab Les Parisiennes itu susulan masalah kewangan meruncing yang dihadapi.

Malah presiden kelab berkenaan, Nasser Al-Khelaifi juga dikatakan bakal merombak ahli lembaga pengarah kelab berkenaan atas alasan sama.

Bagaimanapun, baru-baru ini, penyerang berusia 30 tahun itu dilihat mahu terus beraksi bersama PSG dan bakal menandatangani kontrak baharu tidak lama lagi.

Sementara itu Neymar berkata, dia membuat keputusan untuk meninggal PSG sebelum ini bukanlah disebabkan desakan peminat mahu pun pihak pengurusan kelab.

“Sebelum ini, saya mahu meninggalkan PSG bukan atas desakan sesiapa, saya cuma merasakan saya dapat memberikan yang lebih baik beraksi dengan pasukan lain.

“Bagaimanapun, kini saya membuat keputusan untuk terus berada di sini dan beraksi dengan PSG,” katanya.