Sila log masuk terlebih dahulu.

Elon Musk disaman pelabur Twitter

Elon Musk - Foto AFP
Elon Musk - Foto AFP
A
A
A

SAN FRANCISCO - Individu paling kaya di dunia, Elon Musk menghadapi tuntutan saman daripada para pelabur Twitter kerana lambat mendedahkan bahawa beliau sebenarnya sudah membeli perkhidmatan rangkaian sosial itu.

Para pelabur berkata, melalui tindakan itu, Musk berjaya menyelamatkan sebanyak AS$156 juta (RM684.45 juta) dengan gagal mendedahkan bahawa beliau telah membeli lebih daripada lima peratus saham Twitter sebelum 14 Mac lalu.

Musk juga terus membeli saham selepas 14 Mac dan akhirnya mendedahkan pada awal April lepas bahawa beliau telah memiliki 9.2 peratus saham Twitter, menurut saman tersebut yang difailkan pada Rabu di sebuah mahkamah Persekutuan San Francisco.

"Dengan menangguhkan pendedahan pegangannya dalam Twitter, Musk terlibat dalam manipulasi pasaran dan membeli saham Twitter pada harga rendah," kata pelabur-pelabur tersebut.

"Manipulasi pasaran Musk berjaya. Twitter telah kehilangan (nilai) sebanyak AS$8 bilion (RM35.10 bilion) dalam penilaian sejak pembelian itu diumumkan," kata tuntutan saman itu.

Para pelabur itu meminta mahkamah mengenakan jumlah ganti rugi punitif dan jumlah pampasan yang tidak ditentukan.

Musk sebelum ini mengumumkan bahawa beliau bersetuju membeli Twitter pada harga AS$44 bilion (RM193.05 bilion). - Agensi

Artikel Berkaitan: