Sila log masuk terlebih dahulu.

[VIDEO] Siasatan dapati wartawan Al Jazeera mati ditembak Israel

Shireen Abu Akleh - Foto AP
Shireen Abu Akleh - Foto AP
A
A
A

RAMALLAH - Hasil keputusan siasatan yang didedahkan pihak Palestin pada Khamis mendapati seorang wartawan wanita Al Jazeera, Shireen Abu Akleh meninggal dunia akibat ditembak oleh seorang askar Israel di Tebing Barat pada awal bulan ini.

Menurut Peguam Pihak Berkuasa Palestin, Akram Al-Khateeb, semua bukti menunjukkan Shireen, 51, menjadi sasaran pembunuhan rejim Zionis.

"Jenis peluru, senjata, jarak, fakta bahawa tiada halangan kepada penglihatan dan (Shireen) memakai jaket akhbar (ketika kejadian) membawa kami untuk membuat kesimpulan bahawa Shirren adalah sasaran pembunuhan.

"Ia adalah jenayah perang dan pelanggaran undang-undang antarabangsa," katanya seperti dilaporkan AFP.

Laporan itu menyatakan bahawa wartawan tersebut terbunuh dengan peluru dan beliau ditembak dari senapang Ruger Mini-14.

Seorang pegawai kanan Pihak Berkuasa Palestin, Hussein al-Sheikh berkata, salinan laporan itu telah dihantar ke Amerika Syarikat.

Beliau berkata, salinan hasil siasatan itu juga akan diberikan kepada keluarga Shireen dan Al Jazeera.

Stesen penyiaran Al Jazeera yang berpangkalan di Qatar turut mengumumkan pasukan undang-undang dan pakar antarabangsanya sedang menyediakan kes tersebut untuk didakwa di Mahkamah Jenayah Antarabangsa di Belanda. - Agensi

Artikel Berkaitan: