X

Kindly register in order to view this article
!

Isnin | 04 Julai 2022

Kes cacar monyet terus dilaporkan di Sepanyol, Kanada, AS

Kes cacar monyet yang menjangkiti manusia kini sudah dilaporkan di lebih 20 negara di dunia. - Foto 123RF
A
A

MADRID - Jumlah kes cacar monyet di Sepanyol meningkat kepada 84 pada Khamis selepas Kementerian Kesihatan melaporkan 25 lagi kes baharu.

Menurut kementerian, semua yang dijangkiti mengalami 'gejala ringan' dan kini menjalani kuarantin di rumah.

Majoriti kes dilaporkan di Madrid selain di Kepulauan Canary, Basque dan Andalusia, lapor Xinhua.

Sementara itu di Kanada, Agensi Kesihatan Awam mengesahkan 10 lagi kes cacar monyet dilaporkan.

Menurut PHAC, sebelum ini 16 kes telah dilaporkan menjadikan jumlah keseluruhan setakat ini 26 kes.

"Kemungkinan kes akan meningkat dalam beberapa hari akan datang memandangkan Makmal Mikrobiologi PHAC terus menerima sampel untuk diuji,” menurut PHAC dalam satu kenyataan.

Di Amerika Syarikat pula sembilan kes cacar monyet disahkan di tujuh negeri, menurut Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC).

Sembilan kes itu dikesan di California, Florida, Massachusetts, New York, Utah, Virginia dan Washington.

Kes cacar monyet yang menjangkiti manusia kini sudah dilaporkan di lebih 20 negara di dunia. - Bernama


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!