X

Kindly register in order to view this article
!

Jumaat | 08 Julai 2022

IWK rai Syawal bersama golongan kurang bernasib baik

Sebanyak 200 keluarga miskin bandar di bawah kategori B40 menerima sumbangan barangan runcit keperluan di bawah program IWKCares yang dilaksanakan sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri pada tahun ini.
A
A

SHAH ALAM - Indah Water Konsortium (IWK) Sdn Bhd meraikan Syawal kali ini dengan membawakan kemeriahan Aidilfitri kepada golongan kurang berkemampuan melalui penyediaan barangan keperluan, pek makanan panas, perkhidmatan menyedut tangki septik secara percuma dan pelaksanaan kerja landskap.

Menerusi inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR) yang juga dikenali sebagai ‘IWKCares’, syarikat itu baru-baru ini dengan kerjasama Pertubuhan Tindakan Wanita Islam (Pertiwi) menyediakan barangan runcit kepada 200 keluarga miskin bandar di bawah kategori B40.

Sukarelawan mengagihkan pek makanan panas kepada keluarga yang terbabit dalam program IWKCares yang diadakan sempena sambutan Aidilfitri di Pusat Gelandangan Medan Tunku di Chow Kit, Kuala Lumpur.
Sukarelawan mengagihkan pek makanan panas kepada keluarga yang terbabit dalam program IWKCares yang diadakan sempena sambutan Aidilfitri di Pusat Gelandangan Medan Tunku di Chow Kit, Kuala Lumpur.

Turut serta pada program tersebut ialah sukarelawan IWK dan Pertiwi yang turun padang bagi mengagihkan pek makanan panas kepada keluarga terbabit bersempena sambutan hari raya di pusat komuniti, Pusat Gelandangan Medan Tunku di Chow Kit, Kuala Lumpur.

Pada masa sama, IWK turut bekerjasama dengan Yayasan Sindrom Down Kiwanis (Kiwanis) di Klang, Selangor bagi menawarkan perkhidmatan menyedut tangki septik secara percuma di premis berkenaan di samping turut menjalankan kerja landskap serta mengecat taman permainan kanak-kanak.

Sukarelawan IWK melaksanakan kerja mengecat taman permainan kanak-kanak di Kiwanis Klang.
Sukarelawan IWK melaksanakan kerja mengecat taman permainan kanak-kanak di Kiwanis Klang.

“Pihak IWK juga berpeluang beramah mesra dengan kanak-kanak istimewa ini, serta berkongsi kegembiraan dan bersuka-ria dengan badut yang mereka pelbagai bentuk belon,” menurut IWK dalam satu kenyataannya pada Khamis.

Hadir sama memberi sumbangan duit raya dan beg sekolah kepada kanak-kanak istimewa di yayasan berkenaan ialah Ketua Pegawai Eksekutif IWK, Narendran Maniam yang turut diiringi Pengerusi Kiwanis Klang, Amanda Russel.

Narendran (kanan) memberikan sumbangan duit raya dan beg sekolah kepada kanak-kanak istimewa di Kiwanis, Klang.
Narendran (kanan) memberikan sumbangan duit raya dan beg sekolah kepada kanak-kanak istimewa di Kiwanis, Klang.

Narendran berkata, di sebalik perbezaan sambutan perayaan masyarakat pelbagai kaum di Malaysia, perkara paling penting boleh ditekankan secara bersama adalah amalan maaf-bermaafan, berkongsi kegembiraan dan mengingati kumpulan yang kurang bernasib baik.

“IWKCares akan meneruskan usahanya dalam mewujudkan impak positif kepada semua anggota masyarakat tidak kira semasa musim perayaan mahupun bukan,” kata Narendran.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!