Menteri Kesihatan Senegal dipecat akibat kebakaran hospital

Abdoudaye
Abdoudaye
A
A
A
TIVAOUANE - Presiden Senegal, Macky Sall memecat Menteri kesihatan, Abdoudaye Diouf Sarr pada Khamis selepas seramai 11 bayi yang baharu lahir terkorban dalam kebakaran di sebuah hospital di Tivaouane pada Rabu.

Menteri itu akan digantikan dengan Marie Khemesse Ngom iaitu bekas Ketua Pengarah Kesihatan Awam.

Menurut pejabat presiden, Sall akan pulang awal dari lawatan ke luar negara dan melawat hospital tersebut pada Sabtu.

Kebakaran itu berlaku di Hospital Mame Abdou Aziz Sy Dabakh di Tivaouane yang merupakan sebuah bandar yang mempunyai jumlah penduduk seramai 40,000 orang.

Kejadian itu menyebabkan terdapat desakan agar Abdoudaye meletakkan jawatan sebagai Menteri Kesihatan.

Beliau sebelum ini menyalahkan kerosakan elektrik sebagai punca kebakaran.

Datuk Bandar itu, Demba Diop berkata, kebakaran itu berpunca daripada litar pintas dan ia merebak dengan sangat cepat.

Beliau menafikan dakwaan saudara mara di hospital dan media sosial bahawa bayi-bayi itu telah ditinggalkan bersendirian dengan menyatakan terdapat bidan dan jururawat pada hari kejadian.

Tragedi itu adalah yang terbaharu dalam siri kematian hospital yang telah mendedahkan kelemahan sistem penjagaan kesihatan di negara tersebut. - Agensi