X

Kindly register in order to view this article
!

Sabtu | 02 Julai 2022

Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS

Mata wang tempatan naik kepada 4.3920/3945 pada pagi Jumaat berbanding dolar AS daripada 4.3950/3990 ketika ditutup pada Khamis.
A
A

KUALA LUMPUR - Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Jumaat, susulan perkembangan positif di Shanghai menjelang pembukaan semula ekonominya, kata penganalisis.

Pada 9 pagi, mata wang tempatan naik kepada 4.3920/3945 berbanding dolar AS daripada 4.3950/3990 ketika ditutup pada Khamis.

Rakan Kongsi Pengurusan SPI Asset Management, Stephen Innes berkata, pertukaran mata wang asing Asia akan mengambil petunjuk daripada yuan memandangkan ia akan menjadi isyarat pemulihan ekonomi.

"Itu akan menjadi petanda paling jelas bahawa ekonomi dalam pesisir China sedang bertambah baik atau pembuat dasar sedang merancang untuk menyesuaikan dasar sifar Covid-19 mereka agar lebih liberal,” katanya kepada Bernama.

Shanghai akan menarik balik perintah sekatan pergerakan Covid-19 pada 1 Jun.

Sementara itu, Ketua Ahli Ekonomi Bank Islam Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata, ketidaktentuan ekonomi berikutan gangguan bekalan boleh mengancam kadar pemulihan ekonomi.

"Justeru, dolar-ringgit akan terus menunjukkan dagangan dalam julat kecil hari ini,” katanya.

Ringgit didagangkan kebanyakannya rendah berbanding kumpulan mata wang utama.

Unit tempatan susut berbanding dolar Singapura kepada 3.1988/2011 daripada 3.1987/2018 ketika ditutup pada Khamis dan rendah berbanding pound British kepada 5.5436/5467 daripada 5.5377/5427.

Ringgit juga turun berbanding euro kepada 4.7170/7197 daripada 4.7079/7122 semalam bagaimanapun, meningkat berbanding yen Jepun kepada 3.4577/4600 daripada 3.4677/4712. - Bernama


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!