X

Kindly register in order to view this article
!

Jumaat | 01 Julai 2022

1,142,104 kanak-kanak di Malaysia lengkap divaksin

Sebanyak 32.2 peratus kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun di negara ini telah melengkapkan vaksinasi mereka di bawah PICKids setakat Khamis. - Foto Bernama
A
A

KUALA LUMPUR - Seramai 1,142,104 atau 32.2 peratus kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun di negara ini telah melengkapkan vaksinasi mereka di bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan Kanak-Kanak (PICKids), setakat Khamis.

Berdasarkan data menerusi laman web CovidNow, sejumlah 1,693,589 atau 47.7 peratus daripada kumpulan itu telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Bagi kumpulan remaja berumur 12 hingga 17 tahun pula, sebanyak 2,911,511 atau 93.6 peratus telah lengkap divaksin, manakala 3,008,137 atau 96.7 peratus daripada kumpulan itu telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Sementara itu, 16,090,222 atau 68.4 peratus orang dewasa di negara ini telah menerima suntikan dos penggalak, 22,973,842 atau 97.6 peratus telah lengkap dua dos suntikan vaksin dan 23,250,188 atau 98.8 peratus telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Sebanyak 13,331 dos harian diberikan pada Khamis meliputi 3,050 suntikan penggalak, 4,172 dos kedua dan 6,109 dos pertama, menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin di bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) adalah 70,855,556.

Portal Github Kementerian Kesihatan melaporkan tiga kematian akibat Covid-19 direkodkan pada Khamis dengan dua kes di Johor dan satu kes di Perak. - Bernama


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!