Kantoi sembunyi dalam bilik rahsia

Suspek akhirnya keluar dari tempat persembunyian selepas dipujuk anggota AADK.
Suspek akhirnya keluar dari tempat persembunyian selepas dipujuk anggota AADK.
A
A
A

KAMPUNG RAJA – Taktik seorang lelaki dipercayai penagih dadah bersembunyi dalam bilik rahsia yang terletak di bawah rumahnya tidak menjadi apabila dia diberkas anggota Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) dalam serbuan di kawasan Rumah Awam Kampung Raja, di sini, hari ini.

Ketua Pegawai AADK Daerah Besut, Puan Noor Hafizza Mat Zin berkata, lelaki berusia 30-an itu diberkas sepuluh anggota yang menyerbu rumah berkenaan pada jam 6 pagi.

Menurutnya, pada awal serbuan hanya terdapat adik perempuan dan anak saudaranya dalam rumah tersebut manakala suspek tidak ditemui.

“Selepas pemeriksaan lanjut dijalankan akhirnya anggota kami ternampak satu sudut yang ditutup dengan jaring dawai. Apabila diperiksa ia merupakan pintu untuk memasuki bahagian bawah rumah itu yang terletak di dapur.

“Memang tidak perasan ia adalah pintu dan kami dapati ada seorang lelaki sedang berbaring dalam ruang khas bawah rumah bersaiz kira-kira 5 x 2 meter persegi itu yang dilengkapi lampu tetapi lantainya masih tanah,” katanya.

Noor Hafizza berkata, pihaknya terpaksa memujuk lelaki itu untuk keluar beberapa kali sebelum dia keluar dengan sendirinya.

Artikel Berkaitan: