X

Kindly register in order to view this article
!

Rabu | 06 Julai 2022

1,845 kes baharu Covid-19, tiga kematian

Sebanyak 1,845 kes baharu Covid-19 direkodkan pada Khamis.
A
A

SHAH ALAM - Sebanyak 1,845 kes baharu Covid-19 direkodkan pada Khamis di dalam negara menjadikan kes keseluruhan jangkitan wabak tersebut kepada 4,461,933 setakat semalam dengan jumlah kes aktif adalah sebanyak 25,189.

Portal CovidNow menunjukkan daripada keseluruhan kes pesakit Covid-19 yang masih aktif, sebanyak 24,089 atau 95.7 peratus daripadanya merupakan individu dikuarantin di rumah dan 17 pesakit (0.1) berada Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC).

Data itu turut menunjukkan sebanyak 1,087 atau 4.1 peratus pesakit Covid-19 dilaporkan ditempatkan di hospital dengan seramai 27 pesakit dimasukkan di unit rawatan rapi (ICU) manakala 23 kes pula memerlukan alat bantuan pernafasan.

Kes sembuh baharu Covid-19 yang direkodkan pada Khamis 1,825 kes menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh wabak tersebut di dalam negara kepada 4,438,212.

Pada masa sama, negara merekodkan tiga kematian baharu akibat wabak tersebut pada Khamis menjadikan jumlah keseluruhan korban Covid-19 di Malaysia kepada sebanyak 43,213.

Sementara itu, kadar penggunaan katil di hospital seluruh negara setakat Khamis ialah 66.1 peratus dengan tiga negeri yang merekodkan kadar tertinggi ialah Melaka (80.4 peratus), Kedah (76.8 peratus) dan Terengganu (76.6 peratus).

Dalam pada itu, kadar vaksinasi keseluruhan populasi di dalam negara yang mendapat sekurang-kurangnya dua dos vaksin setakat Khamis adalah 82.8 peratus dengan jumlah keseluruhan suntikan diberikan adalah sebanyak 22,835,753.

Sementara itu, kadar vaksinasi bagi remaja berumur antara 12 hingga 17 tahun yang mendapat sekurang-kurangnya dua dos vaksin adalah 93.6 peratus manakala bagi kanak-kanak berumur antara lima hingga 11 tahun yang mendapat sekurang-kurangnya satu dos vaksin pula adalah 15.5 peratus.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!