Rumah terbuka Aidilfitri Madrasah Nur Sakinah meriah

Sambutan Rumah Terbuka Aidilfitri Madrasah Nur Sakinah, Pasir Tumboh berlangsung penuh meriah selepas kerajaan memberikan kelonggaran SOP untuk meraikan lebaran selari dengan fasa peralihan endemik.
Sambutan Rumah Terbuka Aidilfitri Madrasah Nur Sakinah, Pasir Tumboh berlangsung penuh meriah selepas kerajaan memberikan kelonggaran SOP untuk meraikan lebaran selari dengan fasa peralihan endemik.
A
A
A

KOTA BHARU - Sambutan Rumah Terbuka Aidilfitri Madrasah Nur Sakinah, Pasir Tumboh di sini berlangsung penuh meriah selepas kerajaan memberikan kelonggaran prosedur operasi standard (SOP) untuk meraikan lebaran selari dengan fasa peralihan endemik.

Situasi itu dapat dilihat apabila semua teruja hadir untuk memeriahkan rumah terbuka tersebut selepas dua tahun ‘diikat’ dengan SOP akibat pandemik Covid-19.

Hadir sama pada majlis tersebut Ketua Pegawai Eksekutif Sahabat Anda Jiran Anda Dakwah Anda (Sajada), Khairul Amil Yusoff; wakil Persatuan Aktiviti Dakwah Ummah, Rosdi Abd Samad dan wakil Malindo Care Kelantan, Mohamad Suari Aripin.

Rumah terbuka ini turut menjadi platform mengukuhkan penyatuan antara pusat berkenaan dengan masyarakat setempat.

Penyatuan ini secara tidak langsung menjadi tunjang kepada pusat berkenaan untuk menyebar luas ilmu kepada masyarakat.

Madrasah Nur Sakinah yang ditubuhkan pada tahun 2017 merupakan sebuah madrasah pusat penyebaran pengajian ilmu agama di Kelantan.

Menariknya, madrasah ini ditunjangi oleh lima tenaga pengajar yang mempunyai kemahiran berlainan sekali gus mampu memperkasakan pusat berkenaan.